About

Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts

Persoalan Tentang Perniagaan Internet

Friday, 14 November 2014

Ramai yang gagal perniagaan internet kerana tidak tahu asas-asas perniagaan internet. Banyak asas-asas perniagaan internet yang mesti di ketahui oleh pemilik perniagaaninternet – mesti tahu benda-benda simple camni, takkan nak harapkan orang lain.

Kalau nak suruh orang lain buat, memang boleh tapi kena ada kos yang terlibat sedangkan korang boleh buat sendiri jer benda asas dalam perniagaan internet nih.

Apakah antara asas-asas perniagaan internet yang perlu di ketahui oleh peniaga internet? Saya cuba kongsikan tajuk-tajuk utamanya sahaja, kalau nak detail silalah ke google ye. Rajin skit cari baru senang nak ingat dalam fikiran masing-masing.



Cara terima bayaran

Yang ni memang lah penting. Nak terima bayaran dari pelanggan, mesti ada caranya yang menyenangkan pelanggan. Kalau susah, nanti pelanggan tuh tak nak beli pula barang daripada blog kita.

Cuba sediakan cara bayaran yang menyenangkan dan mudah untuk pelanggan guna. Tak semua pelanggan tahu IT tau, ada hanya tahu nak beli sahaja, nak klik itu dan ini takut.

Jadi sebagai pemilik perniagaan internet, kita kena tahu cara-cara terima bayaran daripada perniagaan internet yang di gunakan di Malaysia.


Buat Kajian

Kita kena tahu cara buat kajian pasaran. Kita kena kaji produk apa yang popular dan boleh di jual. Kena tahu juga cara-cara nak letakkan harga barang. Katakan kita import produk dari China dengan harga murah, camne nak letak harga setiap unit barang tuh.


Ada skill jugak supaya kita boleh memaksimunkan keuntungan. Jangan letak murah sangat atau tinggi sangat. Seni letak harga barang ni kenalah belajar atau baca kat mana-mana panduan.

Selain tu kenalah pandai membuat penilaian pasaran dan juga ke atas pesaing kita. Pesaing kita tentukan bukan calang-calang orang dan dia pun ada strategi dia jugak. Kita boleh tiru cara dia kalau cara tuh berkesan.

Kita kena kaji apa yang pesaing kita buat dan kita cuba buat lebih daripada dia di dalam perniagaan ineternet.

Banyak lagih tip tip, benda-benda basic yang korang kena tahu dalam perniagaan internet. Apa kata korang pertimbangkan ilmu asas perniagaan internet nih, banyak info terkandung dalam nih, info yang biasa-biasa tapi bermanfaat dan kebanyakkan peniaga internet belum tahu lagih atau malas nak cari kat google.


Pelaburan korang pasti berbaloi sebab ilmu tuh boleh guna sampai bila-bila.

Kaedah Mencari Nama Perniagaan .

Monday, 23 June 2014


Dalam video in menunjukkan kaedah yang berkesan dalam menamakan perniagaan internet anda !

Maksud Affiliate dan Cara Ber'affiliate

Sunday, 4 May 2014

Apa itu Affiliate?

Affiliate merupakan salah satu cabang pendapatan yang amat mudah dilakukan jika anda fasih dalam mepromosikan link berkenaan.

Affiliate bermaksud perkongsian untung diantara owner produk dengan anda.Anda akan dibayar jika jualan terhasil.Kebanyakan Affiliate didalam internet adalah produk yang berbentuk digital seperti ebook,software dan etc.


Bagaimana mahu mempromosikan affiliate anda?


Blog?

Search di google blog yang related dengan produk yang anda mahu promosikan.Kemudian tinggalkan komen.Komen yang pertama di dalam blog berkenaan akan lebih dilihat.So,Subcribe blog berkenaan untuk memastikan anda mendapat komen yang pertama.

Jika anda ada blog.Anda boleh mepromosikan di blog anda jika trafficnya tinggi.

Jika ingin mengiklan di blog,pastikan yang related dengan produk anda.Satu lagi tips penting ialah pastikan keyword blog berkenaan kena dengan produk anda.Gunakan alexa untuk menilai traffic dan related keyword.

Kesimpulannya ialah related blog+related keyword.


Forum?

Sama seperti di blog juga search forum yang related dengan produk anda.Daftar di forum berkenaan dan mula memperkenalkan diri anda di forum berkenaan dan reply komen di forum berkenaan dan pastikan setiap komen anda adalah bernas.Letakkan banner ataupun signature produk anda di forum berkenaan.

So di forum ialah related keyword+related forum+komen membina+sinature banner @ text dan sedikit sense urgency pastikan ramuannya di adun dengan sebati.; )


Facebook?

Facebook anda boleh gunakan note.Anda boleh taip article dan tag kepada mereka yang anda ada relationship dengan mereka.Tapi jangan sesekali tag mereka yang anda tidak kenali.ataupun anda tidak ada perhubungan dengan mereka.

Kemudian anda boleh buat fanpages berkaitan produk anda.kumpulkan pengikut kemudian barulah anda boleh memberikan tips2 dan mudah untuk anda menjual di internet.

anda juga boleh gunakan FB ads,aplication,quiz dan banyak lagi cara mempromosikan produk affiliate anda dengan penuh beretika menggunakan facebook.

Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing).

Sunday, 6 April 2014


 Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi ..

1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!

2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.

3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .

4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!

5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?

6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.

7. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.


8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.

9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.

10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!

11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.

12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.

13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.

14. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.

15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian adalah berdasarkan perniagaan membinahubungan!

16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja -Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.

17. Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.

Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda

Tip tingkatkan jualan.

Saturday, 5 April 2014



Salah satu strategi mempengaruhi pelanggan mudah untuk membeli produk kita adalah melalui servis penghantara PERCUMA.

Supaya mereka tiada komitmen ekstra untuk mendapatkan produk kita.

Kami membuat tinjauan page-page di Facebook, rata-rata menggunakan strategi yang sama bagi mempengaruhi pelanggan.

Kami menyambut baik strategi yang digunapakai ini.

Namun, hasil keberkesanan menjadi LEMAH dan tiada 'exclusivity' apabila strategi ini digunapakai terlalu ramai orang.


Tukar Psikologi Ayat Jualan


Setiap ayat jualan yang dicipta di
Facebook, dapat memberi dua impak,
yakni :

1) Meningkatkan jualan

2) Memusnahkan rekod jualan

Ayat yang biasa digunapakai..

"Kos penghantaran PERCUMA!"

"FREE POSTAGE"

"FREE DELIVERY"

Sampai di sini perkongsian dari saya.


Pikat Pelanggan Dari Album Testimoni

Friday, 4 April 2014


Kuasa testimoni sangat terbukti memberi  rangsangan emosi kepapa pelanggan untuk terus membeli. Ia menjadi bukti sokongan produk kita benar-benar berhasil dan menepati janji yang kita tawarkan.

Pelan Tindakan


Kumpul kesemua testimoni dari screenshot Whatapps, emel, PM dan letakkan satu album.

Di bahagian description, kami letakkan cara pembelian supaya memudahkan pelanggan untuk terus bank-in.

Teknik ini terbukti berkesan berdasarkan kajian kes & hasil tindakan kami sendiri.

Berikut adalah video tutorial cara mengambil screenshot melalui telefon mudah alih Android :



Pasang Umpan Dari Album FAQ


Frequently Asked Question.

Atau dalam erti kata lain, soalan yang sering kali ditanya.

Persoalan mampu merencatkan tindakan dan niat pelanggan untuk membeli produk.

Kerana mereka TIDAK akan membuat pembelian sebelum pertanyaan mereka terungkai dan dijawab dengan lengkap.

Contohnya, jika anda menjual produk kecantikan, berikut soalan-soalan yang mungkin kerapkali diterima :

1) Ada jaminan wang dikembalikan jika produk kurang keberkesanan?

2) Berapa tempoh lama diperlukan untuk lihat hasil di kulit?

3) Adakah produk ini ada kesan sampingan seperti pengelupasan atau hakisan kulit?


Pelan Tindakan

Kumpulkan senarai-senarai soalan yang kerap ditanya dan senaraikan jawapannya dengan lengkap dalam bahagian NOTES di FB.

Pelanggan sudah tersedia untuk bank-in wang setelah persoalan mereka telah dijawab awal dalam NOTES yang kita sertakan.

Kaedah ini permudahkan urusan jual beli. Kita kurangkan masa bersoal jawab dengan pelanggan dan lebihkan masa untuk closing.

Selamat Mencuba

Tips Asas Dalam Perniagaan Online

Thursday, 3 April 2014

Sebenarnya tips yang saya nak kongsikan ni sangat common kepada penggiat-penggiat atau pengusaha-pengusaha bisnes online ni, tapi apa yang menyebabkan ada sesetengah yang kurang berjaya sebab tiadanya konsistensi. Baik ada dua point yang saya nak fokuskan. Pertama, promosi dan Kedua Istiqamah.




PROMOSI
1) Saya berterima kasih dengan Irfan Khairi kerana memberi jalan kepada saya untuk terus berjuang dengan tips yang beliau berikan. PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI. Itu yang selalu dikatakan oleh beliau. Kata lainnya Banyak Trafik ler...Perbanyakkan promosi, in sya Allah, semakin banyak pelawat mengenali bisnes anda, sudah pasti makin banyak sales bukan? Terdapat banyak promosi yang boleh dibuat melalui online seperti menggunakan laman sosial facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Selain itu, ada YouTube juga amat membantu dengan meletakkan watermark di dalam video. Mudah bukan? Tetapi Promosi sahaja tidak cukup sekiranya tidak digabungkan dengan tips yang kedua, ISTIQAMAH.

ISTIQAMAH
2) Istiqamah atau konsisten sangat penting dalam bisnes online ini. Ya, ramai yang tidak berjaya kerana tiadanya konsistensi. Saya juga mengaku yang saya juga seorang yang hangat-hangat tahi ayam. Awal-awal saja bersemangat tapi tak bertahan dengan lama. Tapi itu dahulu, sekarang tak nampak sangat. . Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah bermotivasi tinggi. Salah satu caranya adalah lihat kejayaan peniaga-peniaga bisnes yang lain. Katakan pada diri "Kalau mereka dapat, mengapa aku tak dapat? Mereka juga manusia biasa"
Memang duit merupakan objektif utama dalam semua bisnes dan kalau nak wang cepat? Maaf, bisnes online bukan tempat untuk anda. Bertahan dalam 3 bulan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau anda berjaya, Anda mungkin sayang untuk meninggalkan bisnes online yang telah anda usahakan.


Salah satu cara lagi untuk newbie, saya sarankan cari perkara yang anda minat. Contohnya, Anda menjual tudung, tapi anda minat bola sepak. Lambat laun, anda akan buat kerja dengan sambil lewa sahaja. Jadi, kan lebih baik sekiranya anda menjual peralatan / aksesori bola sepak seperti jersi, kasut bola, stoking, dan lain-lain lagi. 

Sebagai penutup, kalau promosi bergabung dengan istiqamah pasti bisnes meletup!Kalau promosi tak ada konsisten. Cuma setahun sekali je, bila nak jadi? Dan Kalau istiqamah tanpa promosi, siapa pulak yang nak tengok bisnes anda?

3 JAMINAN UNTUK TINGKATKAN JUALAN PRODUK ANDA



1) Jaminan Produk.

Jaminan produk adalah jaminan yang pelanggan bakal berpuas hati dengan produk anda.

Template biasa yang digunakan :

"Kami tahu anda nak sangat beli produk ini. Malah, jika anda tidak berpuas hati, kami  akan kembalikan 100% wang sepenuhnya.



2) Jaminan Perkhidmatan

Contohnya Domino Pizza. Mereka tidak memberi jaminan anda bakal suka dan
gilakan pizza mereka.

Mereka hanya beri jaminan, pizza akan sampai dalam keadaan panas dalam tempoh 30 minit atau kurang.

3) Jaminan Keputusan

Satu template  biasa yang diguna pakai :

"Jika jerawat anda tidak hilang mengikut kadar dan cara pengunaan yang kami tetapkan, maka wang bakal dikembalikan 100% atau diskaun 50% untuk produk seterusnya.

Jaminan jenis ini seringkali digunapakai untuk produk kesihatan, kecantikan, pemakanan yang berkait rapat dengan hasil keputusan akhir.

Selamat Mencuba

Ada produk nak jual tapi macam mana nak pasarkan dengan orang lain ?

Tuesday, 1 April 2014



 Selamat sejahtera soalan di atas mungkin pernah terlintas di fikiran anda semua. Inilah antara salah satu cabaran apabila hendak berniaga. Walaupun sehebat mana produk yang anda ada tapi tiada strategi pemasaran yang berkesan maka akan membawa padah kepada perniagaan anda sendiri. Tidak kira apa perniagaan pun, tanpa strategi pemasaran yang berkesan maka tidak akan ada keuntungan malah hanya merugikan wang dan masa anda sendiri.



 Baiklah, bagi pendapat saya jika anda ingin memasarkan produk, anda tidak seharusnya bekerja seorang diri. Hal ini kerana, anda "wajib" mendapatkan pertolongan daripada pelbagai pihak untuk mempercepatkan proses pemasaran produk anda. Namun begitu tidak mustahil untuk seseorang itu memasarkan produk mereka secara sendirian seandainya dia sememangnya pakar dan mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pemasaran.

 Oleh yang demikian, di sini tugas saya bukan sahaja ingin menjelaskan betapa pentingnya pemasaran dalam perniagaan malah saya juga ingin memperkenalkan kepada anda suatu tempat di mana anda boleh meminta pertolongan dari orang lain. Malah terdapat banyak servis-servis lain yang di sediakan. Semoga berjaya .

Cara Menulis Headline Menarik

Raja pengiklanan atau lebih dikenali 'The Father Of Advertising', David Ogilvy pernah menegaskan betapa pentingnya penulisan headline dengan
berkata,

"Secara purata, orang membaca headline lima kali ganda lebih banyak daripada membaca badan copy.

Apabila masa anda menulis headline, anda umpama meluangkan 80 sen dari satu dollar yang anda miliki.. ."

Kami kongsikan beberapa jenis headline yang anda boleh terus pakai dan lihat impaknya secara serta merta..


#1 - Headline Jenis 'How To'


Headline ini adalah headline yang sentiasa berjaya menarik perhatian ramai prosek.

Ramai di antara kita mencari solusi kepada pelbagai masalah.

Sebagai contoh:

"Bagaimana Anda Boleh Jadi Langsing Dengan Menggunakan 7 Cara Magik Kuruskan Badan Dalam Masa 21 Hari"


#2 - Headline Jenis Testimonial dan Jaminan


Apabila pelanggan dalam dilema, maka dua perkara yang mampu membantu mereka membuat pembelian iaitu testimonial dan jaminan.

Headline jenis testimonial membuktikan produk yang bakal ditawarkan adalah terbukti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi prospek, dan juga telah ada orang yang terlebih dahulu menguji keberkesanannya.

"Anak Saya Bangkit Dari Kegagalan Peperiksaan Percubaan Dan Score 9A Dalam SPM Dengan Bantuan Sistem Smart Study Dr R!"


#03 - Headline Jenis Emosi


Headline jenis emosi ialah headline yang memanipulasikan emosi pembaca.

Headline seperti ini selalunya lebih bersifat pedas dan tegas.

Namun ia terbukti di dalam dunia copywriting adalah emotion sells,word tells.

"Kecewa Dengan Penampilan Diri Anda Yang Tidak Menarik Dan Masih Gagal Mempunyai Teman Wanita? - Walaupun Anda Memandu Ferrari?"


p/s : Ini hanyalah sebahagian jenis headline yang menjanjikan pulangan ribuan ringgit untuk dijadikan bahan pemasaran anda.

Perniagaan Internet Di Malaysia

Monday, 31 March 2014



Mengikut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC pengguna internet di Malaysia akan mencapai 65%  pada penghujung tahun 2012. Angka ini bertambah dengan begitu pesat semenjak tahun 2009. Pengguna broadband dirumah juga bertambah dari hanya 31% pada 2009 kepada 63% pada tahun 2011.

Dengan kepesatan penggunaan internet ini juga telah membawa kepada kepesatan peningkatan industri jualan atas talian atau perniagaan internet di Malaysia. Baru-baru ini Paypal Malaysia telah mengeluarkan laporan atas kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli-belah secara online di Malaysia. Industri jual beli atas talian disasarkan akan meningkat kepada RM2.71 billion pada penghujung 2012 berbanding RM1.97 billion pada tahun 2011 dan ia dijangka akan bernilai RM5.76 billion menjelang 2015.



Berikut merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli secara online dan mobile - “Online and Mobile Shopping Insights”

Jika dahulu kebanyakkan pengguna hanya membeli tiket kapal terbang Airasia atau tempahan hotel, kini trend tersebut telah banyak berubah. Berikut adalah trend dan nilai jual beli atas talian.

Pelancongan = RM435 juta (24% share)
Pembayarab Bil = RM329 juta (18% share)
Hiburan dan Gaya Hidup = RM255 juta (14% share)
IT dan Elektronik = RM218 juta (12% share)
Insuran Am = RM205 juta (11% share)
Fesyen dan Kecantikan = RM181 juta (10% share)
Cenderamata & Barangan koleksi = RM68 juta (4% share)

Trend membeli oleh pengguna Malaysia dari dalam Malaysia dan luar negara

Membeli 2.5 kali ganda dari laman web malaysia (RM173 juta) berbanding laman web luar negara(RM72 juta).

Kebanyakkan produk berasas kewangan/perkhidmatan (RM78 juta) dan juga kesihatan/kecantikan (RM29 juta) di beli dari laman web Malaysia

Bagi kategori pakaian/kasut/aksesori pembelian adalah lebih kepada laman web tempatan (RM48 juta) berbanding laman web luar negara (RM41 juta)

Bagi pembelian buku secara online pula laman web luar negara lebih banyak (RM63 juta) berbanding laman web tempatan (RM36 juta)

Begitu juga bagi pembelian video/musik/game secara online, laman web luar negara lebih banyak (RM51 juta) berbanding laman web tempatan (RM27 juta)
Negara kegemaran bagi rakyat Malaysia membeli-belah online adalah Amerika Syarikat, Singapore, United Kingdom, China dan Hong Kong

Trend membeli belah di Malaysia juga semangkin meningkat terutama di musim perayaan dan percutian. Trend ini juga bertambah dengan meningkatnya pengguna smartphone dan tablet. Paypal Malaysia telah mengeluarkan satu infografik yang menarik tentang trend membeli belah oleh rakyat Malaysia secara online ini seperti dibawah:

Kebelakangan ini kita juga dapat melihat syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negara giat mempromosikan gedung beli belah mereka seperti Rakuten, Postme, Zalora dan Lazada. Ini menunjukkan bahawa mereka bergitu yakin akan potensi Malaysia bagi pasaran atas talian.

Segala informasi diatas jelas menunjukkan peningkatan kepada perniagaan internet di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah semakin yakin dan selesa untuk melakukan urusan jual beli secara online. Ini juga menunjukkan tahap kesedaran tentang keberkesanan perniagaan menerusi internet semangkin meningkat. Bagi usahawan, gunakan peluang ini untuk menggunakan medium internet  sepenuhnya untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran produk anda.

Perniagaan Internet Yang Mudah

Wednesday, 26 March 2014



Adakah anda ingin menjalankan perniagaan internet tetapi dalam masa yang sama tidak tahu atau tiada idea bagaimana untuk bermula? Apa yang hendak saya jual di internet? Adakah orang akan beli produk yang saya jual? dan bermacam-macam persoalan yang akan timbul dalam fikiran anda.

Membina perniagaan internet tidaklah sesukar yang anda sangka dan anda boleh bermula dari sekarang, dari depan komputer anda. Berikut merupakan perkara yang akan kita bincangkan dalam menentukan produk apa yang hendak kita niagakan di internet.

Bagaimana untuk menggunakan kemahiran, minat atau produk sedia ada pada anda untuk menjadikannya bisness internet

Bagaimana untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet dan mengetahui produk yang terlaris dan sedang mendapat sambutan di internet

Menggunakan kemahiran/produk sedia ada

Tahukah anda bahawa anda boleh membina perniagaan internet untuk apa sahaja produk atau servis yang anda sedang lakukan (terutama jika anda telah mempunyai perniagaan). Internet bukan sahaja digunakan untuk berjual beli(transaksi menerusi internet) malah lebih kepada pemasaran dan branding produk anda.

Tidak semua bisness menggunakan internet untuk melakukan jualan secara terus malah lebih kepada pemasaran semata-mata. Contohnya sebuah syarikat menjual kereta hanya melakukan promosi perniagaan mereka melalui internet untuk menarik pelanggan ke kedai mereka, juga satu contoh lagi sebuah salon rambut mempromosi kedai mereka dengan memberikan diskaun pada laman web mereka. Dalam kedua-dua contoh ini, mereka hanya menggunakan medium internet untuk mempromosi produk mereka dan bukannya menjual produk mereka secara terus di internet.

Dalam membina apa-apa juga perniagaan, minat atau “passion” memainkan salah satu peranan utama. Membina sesuatu perniagaan berdasarkan apa yang anda gemar dan mahir akan lebih memudahkan anda daripada menjual sesuatu yang anda langsung tidak tahu. Jadi tanya pada diri anda soalan berikut:


  • Apakah kegemaran anda di waktu lapang
  • Apakah perkara yang anda memang “expert” dan mahir
  • Apa yang anda suka untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam
  • Apa yang rakan-rakan anda selalu bertanya pada anda atau minta nasihat dari anda


Tuliskan satu persatu dan senarai pendek mana yang anda betul-betul suka. Dari situ anda akan dapat idea perniagaan yang anda ingin ceburi

Antara penentu kejayaan perniagaan internet adalah anda mempunyai sebuah laman web yang dapat menyediakan apa yang diperlukan oleh sekelompok(jumlah yang ramai) pengguna internet, apa yang mereka perlukan atau yang menyelesaikan masalah mereka. Contoh sekelompok pengguna internet yang meminati pakaian jenama X dan dalam masa sama anda mempunyai laman web yang berkaitan dengan tudung berkenaan maka ini akan memudahkan anda menjual produk tersebut kerana permintaan yang telah tersedia.

Mengetahui apa yang dicari pengguna internet

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet. Di sini saya akan tunjukkan antara cara yang saya sendiri gunakan untuk mencari produk yang sesuai dijual di internet.

Layari laman web lelongan seperti ebay, lelong dan sebagainya. Disini anda boleh melihat berbagai jenis produk dari berbagai kategori. Lihat salah satu kategori yang anda minat dan cari produk yang mempunyai bid yang terbanyak. Lihat juga produk yand mendapat view yang tinggi. Dari sini anda dapat mengetahui atau mendapat idea produk yang mendapat permintaan ramai.

Layari laman web forum yang popular seperti cari.com atau anda boleh menggunakan enjin carian Google untuk mencari forum-forum ini dengan memasukkan carian seperti “forum wanita”, “forum kereta” dan sebagainya. Dari sini anda boleh mencari topik-topik popular yang dibincangkan. Kebiasaannya perkara yang dibincangkan juga melibatkan sesuatu produk atau masalah yang boleh dijadikan idea produk. Lihat screenshot dibawah:

Melihat contoh diatas, topik “dressing yg up to date & trendy untuk wanita bertudung” mendapat sambutan yang begitu banyak sekali dengan jumlah view sebanyak 155,607. Sekiranya anda membuat sedikit kajian tentang apa-apa produk yang dibincangkan, anda pasti dapat ketahui produk yang mendapat permintaan ramai.

Menggunakan enjin carian Google iaitu Google Keword Tools. Layari https://adwords.google.com/o/KeywordTool Google keyword tools ini digunakan untuk melihat jumlah carian bagi sesuatu perkataan atau ayat. Sebagai contoh diatas, saya menggunakan perkataan “pakaian” dan saya ingin mengetahui berapa ramai pengguna internet mencari perkatan pakaian atau ayat yang mengandungi perkataan “pakaian”.

Selepas memasukkan perkataan “pakaian” atau apa-apa juga perkataan yang anda ingi cari, klik pada “Search” dan anda akan di hidangkan dengan sebanyak mungkin perkataan “Pakaian” atau yang mengandungi perkataan “pakaian”. Dari sini kita dapat ketahui jumlah carian bagi perkataan-perkataan tadi. Contoh di sini kita ketahui bahawa perkataan “pakaian baby” dicari sebanyak 8,100 + 5,400 orang setiap bulan, banyak bukan.

Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet Yang MUDAH & MURAH

Tuesday, 25 March 2014



Kini perniagaan Internet adalah tidak asing lagi. Ramai yang menjalankan perniagaan Internet menjual pakaian muslimah, tudung, aksesori, e buku, produk kesihatan dan macam-macam lagi. Musim perayaan juga tidak lama akan tiba, pastinya perniagaan Internet menjual kuih-kuih raya juga akan mula memeriahkan lagi di laman web, blog serta Facebook kita.

Saya telah menjalankan perniagaan Internet lebih dari 13 tahun kini dan antara manfaat perniagaan Internet yang paling saya suka dari dulu hingga kini,adalah pada kos menjalankan perniagaan Internet adalah rendah. Kita tidak perlu menyewa kedai yang mungkin berkos RM2,000-RM5,000 sebulan. Belum lagi di kira sebelum menyewa kedai, kos permulaan mengubah suai kedai mungkin berbelanja berpuluh ribu ringgit. Belum di kira juga kos overhead seperti elektrik, aircond, air, pekerja setiap bulan.



Menjalankan perniagaan Internet dapat mengurangkan kos perniagaan kita.

Memiliki laman web tidaklah mahal. Blog pula boleh dimulakan secara percuma. Begitu juga dengan Facebook, selama ini kita gunakannya, tidak perlu bayar satu sen pun.

Hari ini, suka saya kongsikan beberapa tip untuk anda jalankan perniaagaan Internet anda pada kos yang rendah:

1.Mulakan perniagaan anda di Facebook

Lebih kurang 50% penduduk Malaysia kini mempunyai akaun Facebook. Angka ini adalah amat tinggi untuk anda mencapai pasaran yang besar. Ramai antara kita sebelum membuat belian di Internet suka mendengar pandangan kawan atau keluarga. Media sosial seperti Facebook, merupakan satu platform di mana maklumat dapat dikongsikan dengan mudah melalui sharing.

Pastinya anda pernah melihat mereka yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Facebook bukan? Bukan sahaja media sosial adalah percuma, media sosial seperti Facebook dapat membina jenama perniagaan anda dengan murah oleh kerana anda dapat mendekatkan lagi diri anda bersama prospek dan pelanggan tanpa sebarang kos.

2.Mulakan perniagaan anda melalui blog percuma

Melalui perkhidmatan online seperti www.blogger.com anda dapat memulakan blog anda sendiri secara percuma. Anggap blog adalah sebagai kedai anda di mana pelawat boleh memasuki kedai anda, memilih apa yang mereka inginkan, kemudian melakukan bayaran kepada anda untuk mendapatkan produk tersebut.

Apa yang menarik mengenai blog adalah, ianya mudah untuk dipelajari. Sekiranya anda biasa menulis email, mengendalikan blog sendiri juga adalah mudah.

Satu perkara mengenai blog adalah, blog disukai oleh enjin pencari oleh kerana ia memberi maklumat, sering dikemas kini, serta interaktif dimana pelawat boleh meninggalkan komen balas. Ketiga-tiga ciri ini adalah ciri laman web yang disukai oleh enjin pencari dan sering di bawa ke muka surat hadapan enjin pencari dan memberi promosi percuma tambahan kepada perniagaan anda!

3. Bina jenama anda

Satu teknik dalam mengurangkan kos promosi perniagaan anda adalah dengan membina jenama perniagaan anda. Apabila sesuatu nama atau jenama perniagaan itu diingati orang ramai, ianya sering menjadi pilihan pengguna walaupun tiada pengiklanan dilakukan.

Cara membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan banyak membantu orang ramai mendapatkan informasi-informasi berguna mengenai bidang yang dilakukan. Tidak kira sama ada melalui blog, ataupun media sosial, anda perlu kongsikan tips-tips berguna yang dapat membantu orang ramai mengenai industry anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk fesyen, maka kongsikan tip-tip fesyen. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, maka kongsikan tip-tip kesihatan yang berkaitan. Dengan melakukan ini, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap anda akan meningkat, dan ini juga akan meningkatkan jenama anda di mata orang ramai.

4. Dapatkan pasaran anda yang tertumpu

Internet adalah amat besar. Cara untuk anda mendapatkan prospek dan pelanggan adalah dengan mendapatkan pasaran yang tertumpu. Kenal pasti pasaran anda oleh kerana bukan semua orang akan berminat membeli produk atau perkhidmatan anda.

Tetapkan pasaran anda yang tertumpu dan beri fokus pada pasaran tersebut. Aktiviti cuba menjual kepada semua orang di Internet hanya membazirkan masa dan juga wang anda. Dengan mengenal pasti sasaran pasaran yang lebih tepat lagi, anda boleh memberi fokus membina jenama anda pada sasaran yang itu sahaja. Sebagai contoh, menjual peralatan memancing, fokuskan pada mereka yang mempunyai hobi memancing sahaja. Menjual jersi bola sepak, fokuskan kepada mereka yang minat bola sepak sahaja. Masa dan kos promosi anda akan dapat dijimatkan.

Menggunakan media Internet yang percuma, serta membina jenama anda di Internet adalah kunci untuk berjaya di Internet pada kos yang rendah!

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions