Apakah yang menjadikan sesuatu itu bernilai ? Persoalan itu mungkin sesekali terlintas dalam pemikiran anda. Dalam entri kali ini akan membincangkan tentang nilai wang dan apa yang harus kita lakukan.
Apabila masa silih berganti, sedarkah kita bahawa nilai wang itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Dahulu dengan hanya 30 sen sahaja sudah memadai untuk menikmati sebungkus nasi lemak. Namun kini RM 1 ke atas adalah nilai yang di letakkan untuk nasi lemak.
Hanya dengan sebungkus nasi lemak sahaja saya dapat menunjukkan bahawa nilai sesuatu wang itu telah jatuh.
Jadi sudahkan anda bersedia menerima kejatuhan nilai wang untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Apakah persediaan anda ? Mungkin ada antara anda yang berfikir untuk MENYIMPAN supaya duit tersebut mampu menampung perbelanjaan anda di hari tua.
Maaf cara itu salah !
"Mengapa perlu menyimpan sesuatu yang akan jatuh nilainya ?"
Oleh itu entri kali ini cuba membantu serba sedikit bagaimana pelaburan anda hari ini dapat menjamin masa hadapan.
Kenaikan Harga Emas
Nilai wang akan jatuh hari demi hari, sebaliknya nilai emas sentiasa akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Inilah peluang yang harus di ambil oleh anda.
Sebagai contoh anda boleh membeli emas yang bernilai RM 1000 pada hari ini. Kemudian emas itu anda jual pada 5-10 tahun akan datang dan pastinya harga emas itu akan berlipat-kali ganda. Semakin tinggi harga emas yang anda laburkan pada hari ini semakin tinggi keuntungan yang anda akan dapat.
Maka tidak mustahil ramai yang menjadi jutawan hanya dengan pelaburan emas.
Keperluan Tempat Tinggal
Jumlah kelahiran di Malaysia pastinya akan sentiasa meningkat, manakala kematian berkurangan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang makmur dan mempunyai kemudahan perubatan yang tinggi.
Rentetan dengan jumlah kelahiran yang tinggi, maka makin bertambahlah penduduk negara Malaysia. Tahukah anda keperluan setiap manusia itu adalah tempat tinggal selain daripada makanan. Maka dari kesempatan inilah yang harus anda ambil.
Sekiranya anda mampu untuk membeli beberapa buah rumah, amat di galakkan untuk membelinya. Walaupun anda tidak mempunyai isteri yang ramai untuk tinggal di kesemua rumah-rumah tersebut, hakikatnya rumah-rumah itulah pelaburan anda.
Bagaimana anda mendapat manfaat daripada rumah-rumah tersebut? Caranya adalah dengan menyewa rumah-rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini anda dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu membeli, malah dapat mengatasi juga dalam menambah pendapatan pasif anda.
Terdapat pelbagai cara untuk menjamin masa depan anda dan menyimpan adalah cara yang kurang berkesan untuk keselesaan masa hadapan. Jika anda tidak berani mengambil risiko, kebarangkalian kejayaan untuk anda adalah tipis.
**Teruskan bersama kami untuk lebih banyak info.
0 comments:
Post a Comment