Adakah anda ingin menjalankan perniagaan internet tetapi dalam masa yang sama tidak tahu atau tiada idea bagaimana untuk bermula? Apa yang hendak saya jual di internet? Adakah orang akan beli produk yang saya jual? dan bermacam-macam persoalan yang akan timbul dalam fikiran anda.
Membina perniagaan internet tidaklah sesukar yang anda sangka dan anda boleh bermula dari sekarang, dari depan komputer anda. Berikut merupakan perkara yang akan kita bincangkan dalam menentukan produk apa yang hendak kita niagakan di internet.
Bagaimana untuk menggunakan kemahiran, minat atau produk sedia ada pada anda untuk menjadikannya bisness internet
Bagaimana untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet dan mengetahui produk yang terlaris dan sedang mendapat sambutan di internet
Tahukah anda bahawa anda boleh membina perniagaan internet untuk apa sahaja produk atau servis yang anda sedang lakukan (terutama jika anda telah mempunyai perniagaan). Internet bukan sahaja digunakan untuk berjual beli(transaksi menerusi internet) malah lebih kepada pemasaran dan branding produk anda.
Tidak semua bisness menggunakan internet untuk melakukan jualan secara terus malah lebih kepada pemasaran semata-mata. Contohnya sebuah syarikat menjual kereta hanya melakukan promosi perniagaan mereka melalui internet untuk menarik pelanggan ke kedai mereka, juga satu contoh lagi sebuah salon rambut mempromosi kedai mereka dengan memberikan diskaun pada laman web mereka. Dalam kedua-dua contoh ini, mereka hanya menggunakan medium internet untuk mempromosi produk mereka dan bukannya menjual produk mereka secara terus di internet.
Dalam membina apa-apa juga perniagaan, minat atau “passion” memainkan salah satu peranan utama. Membina sesuatu perniagaan berdasarkan apa yang anda gemar dan mahir akan lebih memudahkan anda daripada menjual sesuatu yang anda langsung tidak tahu. Jadi tanya pada diri anda soalan berikut:
- Apakah kegemaran anda di waktu lapang
- Apakah perkara yang anda memang “expert” dan mahir
- Apa yang anda suka untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam
- Apa yang rakan-rakan anda selalu bertanya pada anda atau minta nasihat dari anda
Tuliskan satu persatu dan senarai pendek mana yang anda betul-betul suka. Dari situ anda akan dapat idea perniagaan yang anda ingin ceburi
Antara penentu kejayaan perniagaan internet adalah anda mempunyai sebuah laman web yang dapat menyediakan apa yang diperlukan oleh sekelompok(jumlah yang ramai) pengguna internet, apa yang mereka perlukan atau yang menyelesaikan masalah mereka. Contoh sekelompok pengguna internet yang meminati pakaian jenama X dan dalam masa sama anda mempunyai laman web yang berkaitan dengan tudung berkenaan maka ini akan memudahkan anda menjual produk tersebut kerana permintaan yang telah tersedia.
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet. Di sini saya akan tunjukkan antara cara yang saya sendiri gunakan untuk mencari produk yang sesuai dijual di internet.
Layari laman web lelongan seperti ebay, lelong dan sebagainya. Disini anda boleh melihat berbagai jenis produk dari berbagai kategori. Lihat salah satu kategori yang anda minat dan cari produk yang mempunyai bid yang terbanyak. Lihat juga produk yand mendapat view yang tinggi. Dari sini anda dapat mengetahui atau mendapat idea produk yang mendapat permintaan ramai.
Layari laman web forum yang popular seperti cari.com atau anda boleh menggunakan enjin carian Google untuk mencari forum-forum ini dengan memasukkan carian seperti “forum wanita”, “forum kereta” dan sebagainya. Dari sini anda boleh mencari topik-topik popular yang dibincangkan. Kebiasaannya perkara yang dibincangkan juga melibatkan sesuatu produk atau masalah yang boleh dijadikan idea produk. Lihat screenshot dibawah:
Melihat contoh diatas, topik “dressing yg up to date & trendy untuk wanita bertudung” mendapat sambutan yang begitu banyak sekali dengan jumlah view sebanyak 155,607. Sekiranya anda membuat sedikit kajian tentang apa-apa produk yang dibincangkan, anda pasti dapat ketahui produk yang mendapat permintaan ramai.
Menggunakan enjin carian Google iaitu Google Keword Tools. Layari https://adwords.google.com/o/KeywordTool Google keyword tools ini digunakan untuk melihat jumlah carian bagi sesuatu perkataan atau ayat. Sebagai contoh diatas, saya menggunakan perkataan “pakaian” dan saya ingin mengetahui berapa ramai pengguna internet mencari perkatan pakaian atau ayat yang mengandungi perkataan “pakaian”.
Selepas memasukkan perkataan “pakaian” atau apa-apa juga perkataan yang anda ingi cari, klik pada “Search” dan anda akan di hidangkan dengan sebanyak mungkin perkataan “Pakaian” atau yang mengandungi perkataan “pakaian”. Dari sini kita dapat ketahui jumlah carian bagi perkataan-perkataan tadi. Contoh di sini kita ketahui bahawa perkataan “pakaian baby” dicari sebanyak 8,100 + 5,400 orang setiap bulan, banyak bukan.
0 comments:
Post a Comment