About

Persoalan Tentang Perniagaan Internet

Friday 14 November 2014

Ramai yang gagal perniagaan internet kerana tidak tahu asas-asas perniagaan internet. Banyak asas-asas perniagaan internet yang mesti di ketahui oleh pemilik perniagaaninternet – mesti tahu benda-benda simple camni, takkan nak harapkan orang lain.

Kalau nak suruh orang lain buat, memang boleh tapi kena ada kos yang terlibat sedangkan korang boleh buat sendiri jer benda asas dalam perniagaan internet nih.

Apakah antara asas-asas perniagaan internet yang perlu di ketahui oleh peniaga internet? Saya cuba kongsikan tajuk-tajuk utamanya sahaja, kalau nak detail silalah ke google ye. Rajin skit cari baru senang nak ingat dalam fikiran masing-masing.



Cara terima bayaran

Yang ni memang lah penting. Nak terima bayaran dari pelanggan, mesti ada caranya yang menyenangkan pelanggan. Kalau susah, nanti pelanggan tuh tak nak beli pula barang daripada blog kita.

Cuba sediakan cara bayaran yang menyenangkan dan mudah untuk pelanggan guna. Tak semua pelanggan tahu IT tau, ada hanya tahu nak beli sahaja, nak klik itu dan ini takut.

Jadi sebagai pemilik perniagaan internet, kita kena tahu cara-cara terima bayaran daripada perniagaan internet yang di gunakan di Malaysia.


Buat Kajian

Kita kena tahu cara buat kajian pasaran. Kita kena kaji produk apa yang popular dan boleh di jual. Kena tahu juga cara-cara nak letakkan harga barang. Katakan kita import produk dari China dengan harga murah, camne nak letak harga setiap unit barang tuh.


Ada skill jugak supaya kita boleh memaksimunkan keuntungan. Jangan letak murah sangat atau tinggi sangat. Seni letak harga barang ni kenalah belajar atau baca kat mana-mana panduan.

Selain tu kenalah pandai membuat penilaian pasaran dan juga ke atas pesaing kita. Pesaing kita tentukan bukan calang-calang orang dan dia pun ada strategi dia jugak. Kita boleh tiru cara dia kalau cara tuh berkesan.

Kita kena kaji apa yang pesaing kita buat dan kita cuba buat lebih daripada dia di dalam perniagaan ineternet.

Banyak lagih tip tip, benda-benda basic yang korang kena tahu dalam perniagaan internet. Apa kata korang pertimbangkan ilmu asas perniagaan internet nih, banyak info terkandung dalam nih, info yang biasa-biasa tapi bermanfaat dan kebanyakkan peniaga internet belum tahu lagih atau malas nak cari kat google.


Pelaburan korang pasti berbaloi sebab ilmu tuh boleh guna sampai bila-bila.

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Thursday 13 November 2014


Jawapannya, untuk mendapat pelanggan dengan lebih senang, usahawan perlu berusaha dengan lebih kuat lagi, iaitu – dengan membina jenama perniagaan.
Kaedah terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, jika menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakanYoutube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.
Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.
magnet customers
Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.
Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sellSoft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.
Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.
Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions