Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Thursday, 13 November 2014


Jawapannya, untuk mendapat pelanggan dengan lebih senang, usahawan perlu berusaha dengan lebih kuat lagi, iaitu – dengan membina jenama perniagaan.
Kaedah terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, jika menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakanYoutube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.
Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.
magnet customers
Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.
Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sellSoft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.
Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.
Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!

0 comments:

Post a Comment

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions