About

Showing posts with label Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan. Show all posts

Definisi Usahawan Dan Keusahawanan

Tuesday, 22 December 2015

Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa 
Peranchis‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam 
bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. 
Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan 
dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan
Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai 
syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan 
baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan 
organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan 
sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan 
yang berorientasikan keuntungan.








Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa
yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur 
is onewho undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain 
daripada itu,Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah 
satu fenomena yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan 
sejarah, tetapikonsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza 
dari segi penciptaan dan penerokaan.Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan 
usahawan sebagai individu yangsentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang 
perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara 
imaginative, kreatif daninovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

“Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who 
sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about
 a reordering of resources to produce greater consumer  satisfaction and technological efficiency”.
Seterusnya, Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang 
lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk 
merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalanya. 

Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) 
untuk mendefinisikan keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi 
yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk 
berhadapan dengan risiko dan ketidakpastiaan. Definisi-definisi yang telah diberikan 
di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan,
 perubahandan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti 
yang berkaitan denganya.

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Thursday, 13 November 2014


Jawapannya, untuk mendapat pelanggan dengan lebih senang, usahawan perlu berusaha dengan lebih kuat lagi, iaitu – dengan membina jenama perniagaan.
Kaedah terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, jika menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakanYoutube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.
Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.
magnet customers
Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.
Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sellSoft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.
Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.
Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!

Maksud Affiliate dan Cara Ber'affiliate

Sunday, 4 May 2014

Apa itu Affiliate?

Affiliate merupakan salah satu cabang pendapatan yang amat mudah dilakukan jika anda fasih dalam mepromosikan link berkenaan.

Affiliate bermaksud perkongsian untung diantara owner produk dengan anda.Anda akan dibayar jika jualan terhasil.Kebanyakan Affiliate didalam internet adalah produk yang berbentuk digital seperti ebook,software dan etc.


Bagaimana mahu mempromosikan affiliate anda?


Blog?

Search di google blog yang related dengan produk yang anda mahu promosikan.Kemudian tinggalkan komen.Komen yang pertama di dalam blog berkenaan akan lebih dilihat.So,Subcribe blog berkenaan untuk memastikan anda mendapat komen yang pertama.

Jika anda ada blog.Anda boleh mepromosikan di blog anda jika trafficnya tinggi.

Jika ingin mengiklan di blog,pastikan yang related dengan produk anda.Satu lagi tips penting ialah pastikan keyword blog berkenaan kena dengan produk anda.Gunakan alexa untuk menilai traffic dan related keyword.

Kesimpulannya ialah related blog+related keyword.


Forum?

Sama seperti di blog juga search forum yang related dengan produk anda.Daftar di forum berkenaan dan mula memperkenalkan diri anda di forum berkenaan dan reply komen di forum berkenaan dan pastikan setiap komen anda adalah bernas.Letakkan banner ataupun signature produk anda di forum berkenaan.

So di forum ialah related keyword+related forum+komen membina+sinature banner @ text dan sedikit sense urgency pastikan ramuannya di adun dengan sebati.; )


Facebook?

Facebook anda boleh gunakan note.Anda boleh taip article dan tag kepada mereka yang anda ada relationship dengan mereka.Tapi jangan sesekali tag mereka yang anda tidak kenali.ataupun anda tidak ada perhubungan dengan mereka.

Kemudian anda boleh buat fanpages berkaitan produk anda.kumpulkan pengikut kemudian barulah anda boleh memberikan tips2 dan mudah untuk anda menjual di internet.

anda juga boleh gunakan FB ads,aplication,quiz dan banyak lagi cara mempromosikan produk affiliate anda dengan penuh beretika menggunakan facebook.

Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing).

Sunday, 6 April 2014


 Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi ..

1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!

2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.

3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .

4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!

5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?

6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.

7. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.


8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.

9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.

10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!

11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.

12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.

13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.

14. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.

15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian adalah berdasarkan perniagaan membinahubungan!

16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja -Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.

17. Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.

Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda

Faktor menjadi JUTAWAN!

Saturday, 5 April 2014



Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat beberapa faktor utama kejayaan seseorang jutawan.

1. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

2. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.


3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.



4. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.


5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

Pikat Pelanggan Dari Album Testimoni

Friday, 4 April 2014


Kuasa testimoni sangat terbukti memberi  rangsangan emosi kepapa pelanggan untuk terus membeli. Ia menjadi bukti sokongan produk kita benar-benar berhasil dan menepati janji yang kita tawarkan.

Pelan Tindakan


Kumpul kesemua testimoni dari screenshot Whatapps, emel, PM dan letakkan satu album.

Di bahagian description, kami letakkan cara pembelian supaya memudahkan pelanggan untuk terus bank-in.

Teknik ini terbukti berkesan berdasarkan kajian kes & hasil tindakan kami sendiri.

Berikut adalah video tutorial cara mengambil screenshot melalui telefon mudah alih Android :



Pasang Umpan Dari Album FAQ


Frequently Asked Question.

Atau dalam erti kata lain, soalan yang sering kali ditanya.

Persoalan mampu merencatkan tindakan dan niat pelanggan untuk membeli produk.

Kerana mereka TIDAK akan membuat pembelian sebelum pertanyaan mereka terungkai dan dijawab dengan lengkap.

Contohnya, jika anda menjual produk kecantikan, berikut soalan-soalan yang mungkin kerapkali diterima :

1) Ada jaminan wang dikembalikan jika produk kurang keberkesanan?

2) Berapa tempoh lama diperlukan untuk lihat hasil di kulit?

3) Adakah produk ini ada kesan sampingan seperti pengelupasan atau hakisan kulit?


Pelan Tindakan

Kumpulkan senarai-senarai soalan yang kerap ditanya dan senaraikan jawapannya dengan lengkap dalam bahagian NOTES di FB.

Pelanggan sudah tersedia untuk bank-in wang setelah persoalan mereka telah dijawab awal dalam NOTES yang kita sertakan.

Kaedah ini permudahkan urusan jual beli. Kita kurangkan masa bersoal jawab dengan pelanggan dan lebihkan masa untuk closing.

Selamat Mencuba

Tentang Kuasa Membeli Si Wanita

Thursday, 27 March 2014

Wanita seringkali dikaitkan dengan kuasa membeli yang tinggi.

Tidak lupa juga di Malaysia.

Kita boleh lihat wanita disini mempunyai keupayaan untuk membeli lebih tinggi berbanding lelaki.

Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja bagaimanamereka mendominasi pasar raya yang kini hangat mempromosikan 'Year End Sale'.



Hari ini kami ingin berkongsi hasil tinjauan mengenai karakter prospek dari golongan
wanita, yang telah dibuat oleh HomeDepot.com.

Yakni FAKTOR-FAKTOR mempengaruhi tindakan mereka untuk membeli produk.

1) Wanita Prospek Yang Sangat Teliti

Wanita lebih suka mengkaji produk dengan terperinci sebelum melalukan pembelian. Mereka rela menghabiskan masa dan membiarkan si suami menunggu di luar pasar raya berjam-jam.

Hanya untuk membaca kandungan, cara pemakaian, kualiti, ketahanan, dengan teliti untuk memastikan tiada kesan sampingan dan 'value for money'.

2) 'Tertipu' dengan Sentimen Emosi

Golongan wanita Lebih gemar meletakkan sentimen emosi berbanding asbab yang lebih rasional dan boleh diterima akal. Fakta dan figur mengenai produk hanya sampingan bagi mereka, sedangkan mereka lebih mahu tahu adakah produk itu menyelesaikan permasalahan yang
dipendam lama. (what the product will do for them)

3) Layanan Selepas Pembelian

Golongan wanita juga sangat menekankan aktiviti dialog sebelum pembelian dan selepas pembelian. Mereka meletakkan kepercayaan dan kesetiaan yang tinggi (long term loyalty) kepada jenama yang sudi melayan pertanyaan dan karenah.

Mereka rela membayar nilai wang lebih tinggi bukan sekadar memiliki produk, juga layanan pelanggan (customer service) selepas pembelian.


Berdasarkan pengalaman anda, golongan manakah yang mudah untuk membeli produk anda, baik dari golongan lelaki mahupun wanita?

Dan jika anda seorang wanita, adakah anda bersetuju? ;)

Perniagaan Dalam Dunia Perdagangan

Monday, 24 March 2014

Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairan, al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut. Dari sisi lain pula, Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan misi beliau sebagai “menyempurnakan akhlak“.

Jika demikian, pastilah dapat ditemui etika berniaga dari perspektif al-Quran dan al-sunnah. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah s.a.w sendiri pada usia mudanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.



Kita seringkali menemui istilah-istilah yang dikenali dalam dunia perniagaan seperti “jual-beli“, “untung rugi“, “kredit“, dan sebagainya. Demikian juga dalam al-Quran mengungkapkan istilah ini saperti mana  firman-Nya yang bermaksud:

“Siapakah yang ingin memberi “qardh” (kredit) kepada Allah dengan kredit yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (qardh itu) untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang banyak.” 

(al-Hadid: 11)

Al-Quran sebenarnya tidak meletakkan syarat yang banyak terhadap orang yang melakukan perniagaan kecuali etika yang diajarkan al-Quran bertumpu kepada prinsip “mengorbankan kepentingan peribadi demi orang lain.” (lihat Surah al-Hasyr: 9). Justeru dalam setiap perkara yang berkaitan dengan dunia perniagaan perkara yang dituntut adalah ”tidak  menganiayai”.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:

 “Bagimu modal kamu. Kamu tidak teraniaya dan tidak pula teraniaya.”

Rasulullah s.a.w juga memberi sebahagian petunjuk bagi mendokong terciptanya etika di dalam perniagaan tersebut, iaitu pertama adalah kejujuran.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib kecuali dia mejelaskan aibnya.” (Riwayat al-Quzwaini).

Manakala dalam sabda baginda yang lain:

“Siapa yang menipu kami bukan daripada golongan kami.”

(Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)

Selain itu Rasulullah s.a.w juga pernah menasihati seorang ahli perniagaan wanita dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai ummu qilat, jika engkau ingin membeli sesuatu, tawarlah dengan harga yang engkau inginkan, diberikan atau tidak. Dan apabila engkau ingin menjual, tawarkanlah dengan harga yang engkau inginkan, diterima atau ditolak.”

 (Riwayat Quzwaimi)

Islam tidak pernah menentukan sebarang had atau sakatan tertentu dalam mengambil keuntungan. Menurut Syeikh Qardhawi, tidak ada sebarang nas dalam al-Quran atau hadis yang menyatakan keadaan tersebut, malah diserahkannya kepada dhamir (jiwa) dan pertimbangan umat Islam sendiri.

Walau bagaimanapun, Islam telah menggariskan panduannya yang jelas dalam perhubungan muamalat umatnya.

Antara panduan tersebut yang perlu diambil kira oleh setiap Muslim itu ialah batasan akhlak, ajaran agama, juga adab sopan, atau ’uruf (etika) masyarakat serta undang-undang pemerintah. Sekiranya terdapat urusan yang dilakukan di luar batasan akhlak dan bertentangan dengan ajaran agama atau bercanggah dengan ’uruf  masyarakat atau menyalahi undang-undang, maka tindakan atau pengurusan tersebut dikira haram dan salah.

Apa yang disebutkan Allah s.w.t suatu perniagaan itu hendaklah berjalan secara (taradhin) persetujuan dan kerelaan bersama antara penjual dan pembeli.

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai mereka yang beriman janganah kamu makan harta antara kamu secara batil melainkan melalu perniagaan yang berlaku secara rela hati dikalangan kamu.”

 (an-Nisaa: 29)

Jadi sekiranya jual beli tersebut diakukan tanpa persetujuan atau melalui penipuan maka urusan itu perlu dibatalkan.Apatah lagi jika keuntungan yang diambil secara gelap (tadlis) yang dilarang oleh agama,sekalipun pembelian tersebut telah diluluskan.

Allah s.w.t juga menekankan perlunya mengindahkan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak melakukan apa yang di istilahkannya dengan al-bathil (baca surah An-Nisa ayat 29), iaitu pelanggaran terhadap ketentuan agama atau persyaratan yang disepakati.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Kaum Muslim sesuai dengan (harus menepati)syarat-syarat yang mereka sepakati, selama tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.”

Perniagaan adalah satu bentuk muamalat.Oleh kerana itu dalam urusan perniagaan kita harus melihat hubungan timbal-balik itu agar ia berlansung secara harmonis.

Nabi s.a.w juga ada menyebut agama adalah muamalah. Ini bermakna bahawa semakin baik hubungan timbal balik maka semakin baik pula kualiti keberagamaan seseorang.

Bukan sahaja dalam perkara berkaitan urusan perniagaan, malah apa-apa perkara sekalipun  jika dilakukan  secara berlebihan atau melampaui batas itu amatlah dilarang oleh Alllah s.w.t.

Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

”Jangan sekali-kali kamu bertindak melampaui batas kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampau.” 

Adakah Duit Anda Itu Bernilai ?

Friday, 21 March 2014

Apakah yang menjadikan sesuatu itu bernilai ? Persoalan itu mungkin sesekali terlintas dalam pemikiran anda. Dalam entri kali ini akan membincangkan tentang nilai wang dan apa yang harus kita lakukan.

Apabila masa silih berganti, sedarkah kita bahawa nilai wang itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Dahulu dengan hanya 30 sen sahaja sudah memadai untuk menikmati sebungkus nasi lemak. Namun kini RM 1 ke atas adalah nilai yang di letakkan untuk nasi lemak.

Hanya dengan sebungkus nasi lemak sahaja saya dapat menunjukkan bahawa nilai sesuatu wang itu telah jatuh.



Jadi sudahkan anda bersedia menerima kejatuhan nilai wang untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Apakah persediaan anda ? Mungkin ada antara anda yang berfikir untuk MENYIMPAN supaya duit tersebut mampu menampung perbelanjaan anda di hari tua.

Maaf cara itu salah ! 

"Mengapa perlu menyimpan sesuatu yang akan jatuh nilainya ?"

Oleh itu entri kali ini cuba membantu serba sedikit bagaimana pelaburan anda hari ini dapat menjamin masa hadapan.

Kenaikan Harga Emas

 Nilai wang akan jatuh hari demi hari, sebaliknya nilai emas sentiasa akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Inilah peluang yang harus di ambil oleh anda.

Sebagai contoh anda boleh membeli emas yang bernilai RM 1000 pada hari ini. Kemudian emas itu anda jual pada 5-10 tahun akan datang dan pastinya harga emas itu akan berlipat-kali ganda. Semakin tinggi harga emas yang anda laburkan pada hari ini semakin tinggi keuntungan yang anda akan dapat.

 Maka tidak mustahil ramai yang menjadi jutawan hanya dengan pelaburan emas.

Keperluan Tempat Tinggal

 Jumlah kelahiran di Malaysia pastinya akan sentiasa meningkat, manakala kematian berkurangan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang makmur dan mempunyai kemudahan perubatan yang tinggi.

Rentetan dengan jumlah kelahiran yang tinggi, maka makin bertambahlah penduduk negara Malaysia. Tahukah anda keperluan setiap manusia itu adalah tempat tinggal selain daripada makanan. Maka dari kesempatan inilah yang harus anda ambil.

Sekiranya anda mampu untuk membeli beberapa buah rumah, amat di galakkan untuk membelinya. Walaupun anda tidak mempunyai isteri yang ramai untuk tinggal di kesemua rumah-rumah tersebut, hakikatnya rumah-rumah itulah pelaburan anda.

Bagaimana anda mendapat manfaat daripada rumah-rumah tersebut? Caranya adalah dengan menyewa rumah-rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini anda dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu membeli, malah dapat mengatasi juga dalam menambah pendapatan pasif anda.

 Terdapat pelbagai cara untuk menjamin masa depan anda dan menyimpan adalah cara yang kurang berkesan untuk keselesaan masa hadapan. Jika anda tidak berani mengambil risiko, kebarangkalian kejayaan untuk anda adalah tipis.

**Teruskan bersama kami untuk lebih banyak info.

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions