Teknik JERAT Jualan – Pemasaran Facebook Efektif

Wednesday, 2 April 2014



Usahawan yang mempunyai bisnes yang stabil, adalah usahawan yang bijak pasang jerat. Mereka tahu dan faham bagaimana untuk memperoleh lebih ramai pelanggan menerusi jerat yang dipasang.

Jerat atau perangkap digunakan untuk membantu manusia bagi memperoleh sesuatu berdasarkan kemahuannya. Walaupun penggunaan perkataan ini mempunyai unsur negatif, namun kesannya tidak sama.

Sebaik sahaja jerat itu dipasang, pelanggan terpaksa masuk ke dalam jerat itu. Dalam erti kata lain, pelanggan mula mengeluarkan duit dari poket atau akaun bank mereka, untuk dipindahkan ke akaun bank bisnes kita.

Perbuatan menjerat ini adalah perbuatan yang digunakan oleh semua usahawan masa kini. Lebih-lebih lagi apabila wujud ruangan komuniti, yang menghimpunkan jutaan bakal pelanggan menerusi Facebook.

Teknik untuk menjerat pelanggan mempunyai 3 elemen penting.


  1. Buat mereka derita.
  2. Beri pelanggan tawaran yang rugi ditolak.
  3. Jerat mereka dengan ketakutan.



Buat Mereka Derita

Dunia hari ini penuh dengan emosi. Apa sahaja yang berlaku, semuanya melibatkan emosi. Kajian menjelaskan manusia membuat keputusan berlandaskan 90% emosi. Baki 10% pula adalah logik.

Ini menjelaskan bahawa perkataan emosi mempunyai kuasa dominasi yang besar dalam hidup mereka. Dari perspektif perniagaan, kita melihat ini sebagai umpan bagi menghasilkan jerat duit yang berkesan.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan emosi derita dalam kempen pemasaran Facebook. Hasilkan perkataan-perkataan yang membuatkan diri mereka kesal jika tidak membaca.

Sebagai contoh, jika produk kita adalah produk melangsingkan badan, maka penggunaan ayat emosi yang boleh membuatkan mereka derita adalah seperti berikut:

“Badan Gemuk... Sudah Buat Temujanji Dengan Kubur?”


Beri Pelanggan Tawaran yang Rugi Ditolak

Apa yang kita tawarkan, itu yang membantu para pelanggan membuat keputusan.
Berdasarkan sebuah kajian kes yang dilakukan oleh jurujual di Malaysia, apabila kita memberikan tawaran yang kelihatan seperti berat sebelah pada pihak pelanggan, maka biasanya mereka akan termasuk dalam jerat kita.

Oleh yang demikian, hasilkan tawaran produk yang membuatkan mereka tidak ada sebab untuk membeli. Sebagai contoh:

Jika anda membeli _____, maka saya akan berikan anda 3 produk tambahan iaitu ____, _____, _____ secara 100% percuma. Bukan itu sahaja, jika anda tidak puas hati, anda boleh ambil balik 100% wang.

Anda boleh ambil produk itu jika mahu. Anggap ia sebagai hadiah dan tanda penghargaan daripada kami atas kepercayaan anda melakukan pembelian.


Jerat Mereka Dengan Ketakutan

Apabila melakukan kempen bisnes di Facebook, buat para pelanggan kita seram sejuk. Jangan beri mereka peluang untuk berfikir-fikir. Keadaan seperti ini akan membuatkan bisnes kita menjadi lebih parah.

Berikan ayat-ayat trauma seperti:
“Tawaran ini hanya untuk 7 orang pertama sahaja. Siapa lambat, dia perlu bayar harga XXX. Tidak ada lagi diskaun.”


0 comments:

Post a Comment

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions