Satu topik yg sangat2 diperlukan oleh semua orang, oleh semua masyarakat bahkan oleh seluruh dunia iaitu faham tentang financial, faham tentang wang . Jadi, sayangnya kita bersekolah dari umur 6 tahun sampai 18 tahun, dari upsr, spm, sijil rendah, sijil tinggi, diploma, bahkan sampai ijazah sekalipun, kewangan ini kita tidak fahami secara konkrit. Cuma konsep-konsep asas sahaja. Sebagai contoh, guru kita mengajarkan bagaimana caranya agar kita kaya. Apa yang diajarkan? Guru kita mengajar kita untuk menabung, guru2 kita mengatakan sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit, katanya la kan.
Tapi kita dah 2 tahun 3 tahun ya, 5 tahun 10 tahun menabung x kaya-kaya jugak, kerana prinsip menabung itu adalah sedikit demi sedikit lama-lama jadi “bosan”. KENAPA ? Kerana wangnya tidak naik-naik tidak bertambah-tambah kenapa? Ianya jelas sahaja, kita lihat misalnya dividen yang kita akan dapat apabila simpan di bank atau ASB sebanyak 7-8% setiap tahun sementara kita lihat inflasi setiap tahunnya akan sentiasa meningkat. Jadi, wang yang kita simpan di bank itu sebenarnya merosot nilainya, walaupun angkanya naik tapi oleh kerana inflasi, wang kita sebenarnya merosot.
Islam itu sarat dengan ajaran, sarat juga dengan contoh, kalau memang Islam mengajar kekayaan, tentu juga islam mengajar bagaimana caranya, bukan sekadar gagasan. Kita lihat, bagaimana caranya untuk kita menuju ke arah financial freedom. Kalau kata kita sudah kaya,(kaya tidak bermakna bebas kewangan) dan bertambah kaya, mudah-mudahan kita bebas kewangan.
Kita lihat, apa yang diajarkan oleh Islam untuk mengembangkan duit kita yg pertama adalah perdagangan, yang kedua adalah pelaburan yang ketiga adalah dinar dan dirham seterusnya bersedekah.. Jadi, tidak pernah kita diajarkan dengan bersunguh-sungguh untuk menabung, itu tidak ada sebenarnya.Ya, saya juga menabung tapi itu bukan fokus utama saya, itu juga bukan focus utama kita kerana saya tahu bahawa menabung itu tidak boleh membuatkan anda kaya . PERCAYALAH . Kalau tidak percaya anda boleh cuba sendiri, 7 tahun 8 tahun menabung anda cuba tengok, berapa yg anda boleh simpan. Jadi, selebihnya anda perlu gunakan wang untuk yg lain iaitu perdagangan, perniagaan atau pelaburan kemudian emas seterus sedekah dan berkhidmat.
Jadi islam tidak pernah mengajarkan “Begitu engkau terima harta, begitu engkau terima wang maka kumpulkanlah menabunglah” . TIDAK !! Islam mengajar kita untuk menggerakkan harta atau wang tersebut.
Bagaimana nak gerakkan? Macam saya cakap tadi, perniagaan atau perdagangan, sekarang kita lihat pada perdagangan Nabi berdagang, isterinya berdagang sahabatnya juga berdagang. Kemudian jika kita lihat, matawang dalam bahasa inggerisnya adalah “currency”, currency berasal daripada perkataan current dalam bahasa melayunya adalah arus. Jadi ertinya disini, wang itu mesti bergerak terus menerus, kalau wang itu berhenti, nilainya akan turun.\. kalau wang itu bergerak nilainya akan naik. Kalau kita letakkan di bank, nilainya akan turun. Bagi bank naik kerana bank putarkan duit kita itu. Untuk meningkatkan nilai duit, kita mesti gerakkannya. Currency itu kan arus, mesti bergerak terus menerus dan apa sahaja yang bergerak terus menerus mestinya sihat seperti darah, udara, air. Kalau dia bergerak terus menerus ianya sihat kalau air bergerak terus menerus ia boleh digunakan untuk berwuduk, boleh suci mensucikan. Tapi kalau air itu tidak mengalir tidak di galakkanlah begitu juga dengan darah, jika darah kita stop mesti kita mati kan ? Jadi kalau bergerak terus menerus ianya sihat.
Perniagaan atau perdagangan itu menggerakkan wang kita. begitu juga dengan pelaburan.. Dalam islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia dan islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Jadi daripada kita menabung wang lebih baik kita kembangkan wang tersebut. Jadi yang digalakkan itu adalah berniaga, bukannya menabunng dan ini dua hal yang berbeza sebenarnya. Kalau kita letakkan wang di bank itu bukan simpan namanya kerana nilainya termakan oleh inflasi.
Menariknya kita lihat disini kalau kita tarik wang kita untuk perniagaan atau perdagangan. Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak rm10,000 dan kita simpan di bank, pertama dimakan oleh inflasi dan yang keduanya zakat lebih kurang sebanyak 2.5%. Jadi anda cuba kira 2.5/100xRm10,000. kat sini nilai wang anda dah berkurang. TAPI kalu kita gunakan wang kita rm10,000 untuk membuat perniagaan atau perdagangan, mungkin untung 20K jadi, zakat tadi dengan senang saja kita bayar dan wang anda berkembang dari rm10k-RMinfinity. Jadi, Islam telah menilai disini ada manfaatnya wang itu bergerak sebenarnya, jadi kita perlu faham tentang financial atau kewangan.
Cuba anda bayangkan, kita bersekolah dari umur 7 tahun sampai 18 tahun seterusnya ke unversiti pernah tak kita belajar ilmu untuk kembangkan wang kita? Ternyata tidak ada kan? Yang ada cuma ilmu untuk menjadi seorang pekerja. Ternyata inilah yang kita hadapi tiap-tiap hari dari kita umur 20 sampai la meninggal dunia nanti. Kalau kita tidak belajar ilmunya bagaimana?? Saya sarankan anda fahami ilmu perdagangan atau perniagaan dan pelaburan. Jadi anda mesti faham yang saya sebutkan tadi, matawang yg disebutkan dengan currency itu berasal daripada perkataan current, current ertinya arus.
Jadi wang itu mesti bergerak terus menerus itu yang sebenarnya yang kita perlu tanamkan dalam minda kita. Jadi, wang tidak boleh stop di dalam poket, bawah bantal mahupun di bank kerana nilainya akan merosot. Kalau digerakkan terus menerus nilainya akan meningkat. Ini mudah-mudahan banyak manfaatnya bagi diri kita sebagai umat islam dan orang lain,, kalau wang kita stop saja xda manfaat atau kurang optimal sebenarnya.. jadi faham financial adalah sangat2 penting bagi setiap orang.. ilmu2 ini saya perolehi daripada buku-buku pakar kewangan Nombor 1 dunia iaitu Robert T Kiyosaki. Dia juga menyarankan kita berbisnes dan pelaburan dan ternyata bukan dengan menabung.
0 comments:
Post a Comment