About

Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing).

Sunday, 6 April 2014


 Apakah kelebihannya?. Kenapa mereka yang telah berjaya mengesyorkan perniagaan ini kepada orang biasa seperti kita? Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki akan memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Berikut saya senaraikan kelebihan-kelebihannya, jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan yang mudah, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi ..

1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!

2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.

3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .

4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!

5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?

6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.

7. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.


8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.

9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.

10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!

11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.

12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.

13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.

14. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.

15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian adalah berdasarkan perniagaan membinahubungan!

16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja -Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.

17. Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.

Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda

Faktor menjadi JUTAWAN!

Saturday, 5 April 2014



Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat beberapa faktor utama kejayaan seseorang jutawan.

1. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

2. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.


3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.



4. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.


5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

Tip tingkatkan jualan.



Salah satu strategi mempengaruhi pelanggan mudah untuk membeli produk kita adalah melalui servis penghantara PERCUMA.

Supaya mereka tiada komitmen ekstra untuk mendapatkan produk kita.

Kami membuat tinjauan page-page di Facebook, rata-rata menggunakan strategi yang sama bagi mempengaruhi pelanggan.

Kami menyambut baik strategi yang digunapakai ini.

Namun, hasil keberkesanan menjadi LEMAH dan tiada 'exclusivity' apabila strategi ini digunapakai terlalu ramai orang.


Tukar Psikologi Ayat Jualan


Setiap ayat jualan yang dicipta di
Facebook, dapat memberi dua impak,
yakni :

1) Meningkatkan jualan

2) Memusnahkan rekod jualan

Ayat yang biasa digunapakai..

"Kos penghantaran PERCUMA!"

"FREE POSTAGE"

"FREE DELIVERY"

Sampai di sini perkongsian dari saya.


Pikat Pelanggan Dari Album Testimoni

Friday, 4 April 2014


Kuasa testimoni sangat terbukti memberi  rangsangan emosi kepapa pelanggan untuk terus membeli. Ia menjadi bukti sokongan produk kita benar-benar berhasil dan menepati janji yang kita tawarkan.

Pelan Tindakan


Kumpul kesemua testimoni dari screenshot Whatapps, emel, PM dan letakkan satu album.

Di bahagian description, kami letakkan cara pembelian supaya memudahkan pelanggan untuk terus bank-in.

Teknik ini terbukti berkesan berdasarkan kajian kes & hasil tindakan kami sendiri.

Berikut adalah video tutorial cara mengambil screenshot melalui telefon mudah alih Android :



Pasang Umpan Dari Album FAQ


Frequently Asked Question.

Atau dalam erti kata lain, soalan yang sering kali ditanya.

Persoalan mampu merencatkan tindakan dan niat pelanggan untuk membeli produk.

Kerana mereka TIDAK akan membuat pembelian sebelum pertanyaan mereka terungkai dan dijawab dengan lengkap.

Contohnya, jika anda menjual produk kecantikan, berikut soalan-soalan yang mungkin kerapkali diterima :

1) Ada jaminan wang dikembalikan jika produk kurang keberkesanan?

2) Berapa tempoh lama diperlukan untuk lihat hasil di kulit?

3) Adakah produk ini ada kesan sampingan seperti pengelupasan atau hakisan kulit?


Pelan Tindakan

Kumpulkan senarai-senarai soalan yang kerap ditanya dan senaraikan jawapannya dengan lengkap dalam bahagian NOTES di FB.

Pelanggan sudah tersedia untuk bank-in wang setelah persoalan mereka telah dijawab awal dalam NOTES yang kita sertakan.

Kaedah ini permudahkan urusan jual beli. Kita kurangkan masa bersoal jawab dengan pelanggan dan lebihkan masa untuk closing.

Selamat Mencuba

Tips Asas Dalam Perniagaan Online

Thursday, 3 April 2014

Sebenarnya tips yang saya nak kongsikan ni sangat common kepada penggiat-penggiat atau pengusaha-pengusaha bisnes online ni, tapi apa yang menyebabkan ada sesetengah yang kurang berjaya sebab tiadanya konsistensi. Baik ada dua point yang saya nak fokuskan. Pertama, promosi dan Kedua Istiqamah.




PROMOSI
1) Saya berterima kasih dengan Irfan Khairi kerana memberi jalan kepada saya untuk terus berjuang dengan tips yang beliau berikan. PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI. Itu yang selalu dikatakan oleh beliau. Kata lainnya Banyak Trafik ler...Perbanyakkan promosi, in sya Allah, semakin banyak pelawat mengenali bisnes anda, sudah pasti makin banyak sales bukan? Terdapat banyak promosi yang boleh dibuat melalui online seperti menggunakan laman sosial facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi. Selain itu, ada YouTube juga amat membantu dengan meletakkan watermark di dalam video. Mudah bukan? Tetapi Promosi sahaja tidak cukup sekiranya tidak digabungkan dengan tips yang kedua, ISTIQAMAH.

ISTIQAMAH
2) Istiqamah atau konsisten sangat penting dalam bisnes online ini. Ya, ramai yang tidak berjaya kerana tiadanya konsistensi. Saya juga mengaku yang saya juga seorang yang hangat-hangat tahi ayam. Awal-awal saja bersemangat tapi tak bertahan dengan lama. Tapi itu dahulu, sekarang tak nampak sangat. . Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda hendaklah bermotivasi tinggi. Salah satu caranya adalah lihat kejayaan peniaga-peniaga bisnes yang lain. Katakan pada diri "Kalau mereka dapat, mengapa aku tak dapat? Mereka juga manusia biasa"
Memang duit merupakan objektif utama dalam semua bisnes dan kalau nak wang cepat? Maaf, bisnes online bukan tempat untuk anda. Bertahan dalam 3 bulan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau anda berjaya, Anda mungkin sayang untuk meninggalkan bisnes online yang telah anda usahakan.


Salah satu cara lagi untuk newbie, saya sarankan cari perkara yang anda minat. Contohnya, Anda menjual tudung, tapi anda minat bola sepak. Lambat laun, anda akan buat kerja dengan sambil lewa sahaja. Jadi, kan lebih baik sekiranya anda menjual peralatan / aksesori bola sepak seperti jersi, kasut bola, stoking, dan lain-lain lagi. 

Sebagai penutup, kalau promosi bergabung dengan istiqamah pasti bisnes meletup!Kalau promosi tak ada konsisten. Cuma setahun sekali je, bila nak jadi? Dan Kalau istiqamah tanpa promosi, siapa pulak yang nak tengok bisnes anda?

3 JAMINAN UNTUK TINGKATKAN JUALAN PRODUK ANDA



1) Jaminan Produk.

Jaminan produk adalah jaminan yang pelanggan bakal berpuas hati dengan produk anda.

Template biasa yang digunakan :

"Kami tahu anda nak sangat beli produk ini. Malah, jika anda tidak berpuas hati, kami  akan kembalikan 100% wang sepenuhnya.



2) Jaminan Perkhidmatan

Contohnya Domino Pizza. Mereka tidak memberi jaminan anda bakal suka dan
gilakan pizza mereka.

Mereka hanya beri jaminan, pizza akan sampai dalam keadaan panas dalam tempoh 30 minit atau kurang.

3) Jaminan Keputusan

Satu template  biasa yang diguna pakai :

"Jika jerawat anda tidak hilang mengikut kadar dan cara pengunaan yang kami tetapkan, maka wang bakal dikembalikan 100% atau diskaun 50% untuk produk seterusnya.

Jaminan jenis ini seringkali digunapakai untuk produk kesihatan, kecantikan, pemakanan yang berkait rapat dengan hasil keputusan akhir.

Selamat Mencuba

6 sebab kita MEMBAZIR WANG

Wednesday, 2 April 2014

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?



Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.

Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.

Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

Kita memberi alasan untuk berbelanja

Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

Kita tak mahu dilihat kedekut

Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan

Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir dan tidak pula menyimpan dan melabur.


Kita suka pada kepuasan sebentar

Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita

Pernah kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga mengira wang untuk hiburan dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.

Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang

Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6 sebab ini sebelum kita melakukan

Teknik JERAT Jualan – Pemasaran Facebook Efektif



Usahawan yang mempunyai bisnes yang stabil, adalah usahawan yang bijak pasang jerat. Mereka tahu dan faham bagaimana untuk memperoleh lebih ramai pelanggan menerusi jerat yang dipasang.

Jerat atau perangkap digunakan untuk membantu manusia bagi memperoleh sesuatu berdasarkan kemahuannya. Walaupun penggunaan perkataan ini mempunyai unsur negatif, namun kesannya tidak sama.

Sebaik sahaja jerat itu dipasang, pelanggan terpaksa masuk ke dalam jerat itu. Dalam erti kata lain, pelanggan mula mengeluarkan duit dari poket atau akaun bank mereka, untuk dipindahkan ke akaun bank bisnes kita.

Perbuatan menjerat ini adalah perbuatan yang digunakan oleh semua usahawan masa kini. Lebih-lebih lagi apabila wujud ruangan komuniti, yang menghimpunkan jutaan bakal pelanggan menerusi Facebook.

Teknik untuk menjerat pelanggan mempunyai 3 elemen penting.


  1. Buat mereka derita.
  2. Beri pelanggan tawaran yang rugi ditolak.
  3. Jerat mereka dengan ketakutan.



Buat Mereka Derita

Dunia hari ini penuh dengan emosi. Apa sahaja yang berlaku, semuanya melibatkan emosi. Kajian menjelaskan manusia membuat keputusan berlandaskan 90% emosi. Baki 10% pula adalah logik.

Ini menjelaskan bahawa perkataan emosi mempunyai kuasa dominasi yang besar dalam hidup mereka. Dari perspektif perniagaan, kita melihat ini sebagai umpan bagi menghasilkan jerat duit yang berkesan.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mewujudkan emosi derita dalam kempen pemasaran Facebook. Hasilkan perkataan-perkataan yang membuatkan diri mereka kesal jika tidak membaca.

Sebagai contoh, jika produk kita adalah produk melangsingkan badan, maka penggunaan ayat emosi yang boleh membuatkan mereka derita adalah seperti berikut:

“Badan Gemuk... Sudah Buat Temujanji Dengan Kubur?”


Beri Pelanggan Tawaran yang Rugi Ditolak

Apa yang kita tawarkan, itu yang membantu para pelanggan membuat keputusan.
Berdasarkan sebuah kajian kes yang dilakukan oleh jurujual di Malaysia, apabila kita memberikan tawaran yang kelihatan seperti berat sebelah pada pihak pelanggan, maka biasanya mereka akan termasuk dalam jerat kita.

Oleh yang demikian, hasilkan tawaran produk yang membuatkan mereka tidak ada sebab untuk membeli. Sebagai contoh:

Jika anda membeli _____, maka saya akan berikan anda 3 produk tambahan iaitu ____, _____, _____ secara 100% percuma. Bukan itu sahaja, jika anda tidak puas hati, anda boleh ambil balik 100% wang.

Anda boleh ambil produk itu jika mahu. Anggap ia sebagai hadiah dan tanda penghargaan daripada kami atas kepercayaan anda melakukan pembelian.


Jerat Mereka Dengan Ketakutan

Apabila melakukan kempen bisnes di Facebook, buat para pelanggan kita seram sejuk. Jangan beri mereka peluang untuk berfikir-fikir. Keadaan seperti ini akan membuatkan bisnes kita menjadi lebih parah.

Berikan ayat-ayat trauma seperti:
“Tawaran ini hanya untuk 7 orang pertama sahaja. Siapa lambat, dia perlu bayar harga XXX. Tidak ada lagi diskaun.”


Ada produk nak jual tapi macam mana nak pasarkan dengan orang lain ?

Tuesday, 1 April 2014



 Selamat sejahtera soalan di atas mungkin pernah terlintas di fikiran anda semua. Inilah antara salah satu cabaran apabila hendak berniaga. Walaupun sehebat mana produk yang anda ada tapi tiada strategi pemasaran yang berkesan maka akan membawa padah kepada perniagaan anda sendiri. Tidak kira apa perniagaan pun, tanpa strategi pemasaran yang berkesan maka tidak akan ada keuntungan malah hanya merugikan wang dan masa anda sendiri.



 Baiklah, bagi pendapat saya jika anda ingin memasarkan produk, anda tidak seharusnya bekerja seorang diri. Hal ini kerana, anda "wajib" mendapatkan pertolongan daripada pelbagai pihak untuk mempercepatkan proses pemasaran produk anda. Namun begitu tidak mustahil untuk seseorang itu memasarkan produk mereka secara sendirian seandainya dia sememangnya pakar dan mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pemasaran.

 Oleh yang demikian, di sini tugas saya bukan sahaja ingin menjelaskan betapa pentingnya pemasaran dalam perniagaan malah saya juga ingin memperkenalkan kepada anda suatu tempat di mana anda boleh meminta pertolongan dari orang lain. Malah terdapat banyak servis-servis lain yang di sediakan. Semoga berjaya .

Cara Menulis Headline Menarik

Raja pengiklanan atau lebih dikenali 'The Father Of Advertising', David Ogilvy pernah menegaskan betapa pentingnya penulisan headline dengan
berkata,

"Secara purata, orang membaca headline lima kali ganda lebih banyak daripada membaca badan copy.

Apabila masa anda menulis headline, anda umpama meluangkan 80 sen dari satu dollar yang anda miliki.. ."

Kami kongsikan beberapa jenis headline yang anda boleh terus pakai dan lihat impaknya secara serta merta..


#1 - Headline Jenis 'How To'


Headline ini adalah headline yang sentiasa berjaya menarik perhatian ramai prosek.

Ramai di antara kita mencari solusi kepada pelbagai masalah.

Sebagai contoh:

"Bagaimana Anda Boleh Jadi Langsing Dengan Menggunakan 7 Cara Magik Kuruskan Badan Dalam Masa 21 Hari"


#2 - Headline Jenis Testimonial dan Jaminan


Apabila pelanggan dalam dilema, maka dua perkara yang mampu membantu mereka membuat pembelian iaitu testimonial dan jaminan.

Headline jenis testimonial membuktikan produk yang bakal ditawarkan adalah terbukti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi prospek, dan juga telah ada orang yang terlebih dahulu menguji keberkesanannya.

"Anak Saya Bangkit Dari Kegagalan Peperiksaan Percubaan Dan Score 9A Dalam SPM Dengan Bantuan Sistem Smart Study Dr R!"


#03 - Headline Jenis Emosi


Headline jenis emosi ialah headline yang memanipulasikan emosi pembaca.

Headline seperti ini selalunya lebih bersifat pedas dan tegas.

Namun ia terbukti di dalam dunia copywriting adalah emotion sells,word tells.

"Kecewa Dengan Penampilan Diri Anda Yang Tidak Menarik Dan Masih Gagal Mempunyai Teman Wanita? - Walaupun Anda Memandu Ferrari?"


p/s : Ini hanyalah sebahagian jenis headline yang menjanjikan pulangan ribuan ringgit untuk dijadikan bahan pemasaran anda.

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions