About

Perniagaan Internet Di Malaysia

Monday, 31 March 2014



Mengikut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC pengguna internet di Malaysia akan mencapai 65%  pada penghujung tahun 2012. Angka ini bertambah dengan begitu pesat semenjak tahun 2009. Pengguna broadband dirumah juga bertambah dari hanya 31% pada 2009 kepada 63% pada tahun 2011.

Dengan kepesatan penggunaan internet ini juga telah membawa kepada kepesatan peningkatan industri jualan atas talian atau perniagaan internet di Malaysia. Baru-baru ini Paypal Malaysia telah mengeluarkan laporan atas kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli-belah secara online di Malaysia. Industri jual beli atas talian disasarkan akan meningkat kepada RM2.71 billion pada penghujung 2012 berbanding RM1.97 billion pada tahun 2011 dan ia dijangka akan bernilai RM5.76 billion menjelang 2015.



Berikut merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli secara online dan mobile - “Online and Mobile Shopping Insights”

Jika dahulu kebanyakkan pengguna hanya membeli tiket kapal terbang Airasia atau tempahan hotel, kini trend tersebut telah banyak berubah. Berikut adalah trend dan nilai jual beli atas talian.

Pelancongan = RM435 juta (24% share)
Pembayarab Bil = RM329 juta (18% share)
Hiburan dan Gaya Hidup = RM255 juta (14% share)
IT dan Elektronik = RM218 juta (12% share)
Insuran Am = RM205 juta (11% share)
Fesyen dan Kecantikan = RM181 juta (10% share)
Cenderamata & Barangan koleksi = RM68 juta (4% share)

Trend membeli oleh pengguna Malaysia dari dalam Malaysia dan luar negara

Membeli 2.5 kali ganda dari laman web malaysia (RM173 juta) berbanding laman web luar negara(RM72 juta).

Kebanyakkan produk berasas kewangan/perkhidmatan (RM78 juta) dan juga kesihatan/kecantikan (RM29 juta) di beli dari laman web Malaysia

Bagi kategori pakaian/kasut/aksesori pembelian adalah lebih kepada laman web tempatan (RM48 juta) berbanding laman web luar negara (RM41 juta)

Bagi pembelian buku secara online pula laman web luar negara lebih banyak (RM63 juta) berbanding laman web tempatan (RM36 juta)

Begitu juga bagi pembelian video/musik/game secara online, laman web luar negara lebih banyak (RM51 juta) berbanding laman web tempatan (RM27 juta)
Negara kegemaran bagi rakyat Malaysia membeli-belah online adalah Amerika Syarikat, Singapore, United Kingdom, China dan Hong Kong

Trend membeli belah di Malaysia juga semangkin meningkat terutama di musim perayaan dan percutian. Trend ini juga bertambah dengan meningkatnya pengguna smartphone dan tablet. Paypal Malaysia telah mengeluarkan satu infografik yang menarik tentang trend membeli belah oleh rakyat Malaysia secara online ini seperti dibawah:

Kebelakangan ini kita juga dapat melihat syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negara giat mempromosikan gedung beli belah mereka seperti Rakuten, Postme, Zalora dan Lazada. Ini menunjukkan bahawa mereka bergitu yakin akan potensi Malaysia bagi pasaran atas talian.

Segala informasi diatas jelas menunjukkan peningkatan kepada perniagaan internet di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah semakin yakin dan selesa untuk melakukan urusan jual beli secara online. Ini juga menunjukkan tahap kesedaran tentang keberkesanan perniagaan menerusi internet semangkin meningkat. Bagi usahawan, gunakan peluang ini untuk menggunakan medium internet  sepenuhnya untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran produk anda.

Tentang Kuasa Membeli Si Wanita

Thursday, 27 March 2014

Wanita seringkali dikaitkan dengan kuasa membeli yang tinggi.

Tidak lupa juga di Malaysia.

Kita boleh lihat wanita disini mempunyai keupayaan untuk membeli lebih tinggi berbanding lelaki.

Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja bagaimanamereka mendominasi pasar raya yang kini hangat mempromosikan 'Year End Sale'.



Hari ini kami ingin berkongsi hasil tinjauan mengenai karakter prospek dari golongan
wanita, yang telah dibuat oleh HomeDepot.com.

Yakni FAKTOR-FAKTOR mempengaruhi tindakan mereka untuk membeli produk.

1) Wanita Prospek Yang Sangat Teliti

Wanita lebih suka mengkaji produk dengan terperinci sebelum melalukan pembelian. Mereka rela menghabiskan masa dan membiarkan si suami menunggu di luar pasar raya berjam-jam.

Hanya untuk membaca kandungan, cara pemakaian, kualiti, ketahanan, dengan teliti untuk memastikan tiada kesan sampingan dan 'value for money'.

2) 'Tertipu' dengan Sentimen Emosi

Golongan wanita Lebih gemar meletakkan sentimen emosi berbanding asbab yang lebih rasional dan boleh diterima akal. Fakta dan figur mengenai produk hanya sampingan bagi mereka, sedangkan mereka lebih mahu tahu adakah produk itu menyelesaikan permasalahan yang
dipendam lama. (what the product will do for them)

3) Layanan Selepas Pembelian

Golongan wanita juga sangat menekankan aktiviti dialog sebelum pembelian dan selepas pembelian. Mereka meletakkan kepercayaan dan kesetiaan yang tinggi (long term loyalty) kepada jenama yang sudi melayan pertanyaan dan karenah.

Mereka rela membayar nilai wang lebih tinggi bukan sekadar memiliki produk, juga layanan pelanggan (customer service) selepas pembelian.


Berdasarkan pengalaman anda, golongan manakah yang mudah untuk membeli produk anda, baik dari golongan lelaki mahupun wanita?

Dan jika anda seorang wanita, adakah anda bersetuju? ;)

Perniagaan Internet Yang Mudah

Wednesday, 26 March 2014



Adakah anda ingin menjalankan perniagaan internet tetapi dalam masa yang sama tidak tahu atau tiada idea bagaimana untuk bermula? Apa yang hendak saya jual di internet? Adakah orang akan beli produk yang saya jual? dan bermacam-macam persoalan yang akan timbul dalam fikiran anda.

Membina perniagaan internet tidaklah sesukar yang anda sangka dan anda boleh bermula dari sekarang, dari depan komputer anda. Berikut merupakan perkara yang akan kita bincangkan dalam menentukan produk apa yang hendak kita niagakan di internet.

Bagaimana untuk menggunakan kemahiran, minat atau produk sedia ada pada anda untuk menjadikannya bisness internet

Bagaimana untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet dan mengetahui produk yang terlaris dan sedang mendapat sambutan di internet

Menggunakan kemahiran/produk sedia ada

Tahukah anda bahawa anda boleh membina perniagaan internet untuk apa sahaja produk atau servis yang anda sedang lakukan (terutama jika anda telah mempunyai perniagaan). Internet bukan sahaja digunakan untuk berjual beli(transaksi menerusi internet) malah lebih kepada pemasaran dan branding produk anda.

Tidak semua bisness menggunakan internet untuk melakukan jualan secara terus malah lebih kepada pemasaran semata-mata. Contohnya sebuah syarikat menjual kereta hanya melakukan promosi perniagaan mereka melalui internet untuk menarik pelanggan ke kedai mereka, juga satu contoh lagi sebuah salon rambut mempromosi kedai mereka dengan memberikan diskaun pada laman web mereka. Dalam kedua-dua contoh ini, mereka hanya menggunakan medium internet untuk mempromosi produk mereka dan bukannya menjual produk mereka secara terus di internet.

Dalam membina apa-apa juga perniagaan, minat atau “passion” memainkan salah satu peranan utama. Membina sesuatu perniagaan berdasarkan apa yang anda gemar dan mahir akan lebih memudahkan anda daripada menjual sesuatu yang anda langsung tidak tahu. Jadi tanya pada diri anda soalan berikut:


  • Apakah kegemaran anda di waktu lapang
  • Apakah perkara yang anda memang “expert” dan mahir
  • Apa yang anda suka untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam
  • Apa yang rakan-rakan anda selalu bertanya pada anda atau minta nasihat dari anda


Tuliskan satu persatu dan senarai pendek mana yang anda betul-betul suka. Dari situ anda akan dapat idea perniagaan yang anda ingin ceburi

Antara penentu kejayaan perniagaan internet adalah anda mempunyai sebuah laman web yang dapat menyediakan apa yang diperlukan oleh sekelompok(jumlah yang ramai) pengguna internet, apa yang mereka perlukan atau yang menyelesaikan masalah mereka. Contoh sekelompok pengguna internet yang meminati pakaian jenama X dan dalam masa sama anda mempunyai laman web yang berkaitan dengan tudung berkenaan maka ini akan memudahkan anda menjual produk tersebut kerana permintaan yang telah tersedia.

Mengetahui apa yang dicari pengguna internet

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengetahui apa yang dicari oleh pengguna internet. Di sini saya akan tunjukkan antara cara yang saya sendiri gunakan untuk mencari produk yang sesuai dijual di internet.

Layari laman web lelongan seperti ebay, lelong dan sebagainya. Disini anda boleh melihat berbagai jenis produk dari berbagai kategori. Lihat salah satu kategori yang anda minat dan cari produk yang mempunyai bid yang terbanyak. Lihat juga produk yand mendapat view yang tinggi. Dari sini anda dapat mengetahui atau mendapat idea produk yang mendapat permintaan ramai.

Layari laman web forum yang popular seperti cari.com atau anda boleh menggunakan enjin carian Google untuk mencari forum-forum ini dengan memasukkan carian seperti “forum wanita”, “forum kereta” dan sebagainya. Dari sini anda boleh mencari topik-topik popular yang dibincangkan. Kebiasaannya perkara yang dibincangkan juga melibatkan sesuatu produk atau masalah yang boleh dijadikan idea produk. Lihat screenshot dibawah:

Melihat contoh diatas, topik “dressing yg up to date & trendy untuk wanita bertudung” mendapat sambutan yang begitu banyak sekali dengan jumlah view sebanyak 155,607. Sekiranya anda membuat sedikit kajian tentang apa-apa produk yang dibincangkan, anda pasti dapat ketahui produk yang mendapat permintaan ramai.

Menggunakan enjin carian Google iaitu Google Keword Tools. Layari https://adwords.google.com/o/KeywordTool Google keyword tools ini digunakan untuk melihat jumlah carian bagi sesuatu perkataan atau ayat. Sebagai contoh diatas, saya menggunakan perkataan “pakaian” dan saya ingin mengetahui berapa ramai pengguna internet mencari perkatan pakaian atau ayat yang mengandungi perkataan “pakaian”.

Selepas memasukkan perkataan “pakaian” atau apa-apa juga perkataan yang anda ingi cari, klik pada “Search” dan anda akan di hidangkan dengan sebanyak mungkin perkataan “Pakaian” atau yang mengandungi perkataan “pakaian”. Dari sini kita dapat ketahui jumlah carian bagi perkataan-perkataan tadi. Contoh di sini kita ketahui bahawa perkataan “pakaian baby” dicari sebanyak 8,100 + 5,400 orang setiap bulan, banyak bukan.

Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet Yang MUDAH & MURAH

Tuesday, 25 March 2014



Kini perniagaan Internet adalah tidak asing lagi. Ramai yang menjalankan perniagaan Internet menjual pakaian muslimah, tudung, aksesori, e buku, produk kesihatan dan macam-macam lagi. Musim perayaan juga tidak lama akan tiba, pastinya perniagaan Internet menjual kuih-kuih raya juga akan mula memeriahkan lagi di laman web, blog serta Facebook kita.

Saya telah menjalankan perniagaan Internet lebih dari 13 tahun kini dan antara manfaat perniagaan Internet yang paling saya suka dari dulu hingga kini,adalah pada kos menjalankan perniagaan Internet adalah rendah. Kita tidak perlu menyewa kedai yang mungkin berkos RM2,000-RM5,000 sebulan. Belum lagi di kira sebelum menyewa kedai, kos permulaan mengubah suai kedai mungkin berbelanja berpuluh ribu ringgit. Belum di kira juga kos overhead seperti elektrik, aircond, air, pekerja setiap bulan.



Menjalankan perniagaan Internet dapat mengurangkan kos perniagaan kita.

Memiliki laman web tidaklah mahal. Blog pula boleh dimulakan secara percuma. Begitu juga dengan Facebook, selama ini kita gunakannya, tidak perlu bayar satu sen pun.

Hari ini, suka saya kongsikan beberapa tip untuk anda jalankan perniaagaan Internet anda pada kos yang rendah:

1.Mulakan perniagaan anda di Facebook

Lebih kurang 50% penduduk Malaysia kini mempunyai akaun Facebook. Angka ini adalah amat tinggi untuk anda mencapai pasaran yang besar. Ramai antara kita sebelum membuat belian di Internet suka mendengar pandangan kawan atau keluarga. Media sosial seperti Facebook, merupakan satu platform di mana maklumat dapat dikongsikan dengan mudah melalui sharing.

Pastinya anda pernah melihat mereka yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Facebook bukan? Bukan sahaja media sosial adalah percuma, media sosial seperti Facebook dapat membina jenama perniagaan anda dengan murah oleh kerana anda dapat mendekatkan lagi diri anda bersama prospek dan pelanggan tanpa sebarang kos.

2.Mulakan perniagaan anda melalui blog percuma

Melalui perkhidmatan online seperti www.blogger.com anda dapat memulakan blog anda sendiri secara percuma. Anggap blog adalah sebagai kedai anda di mana pelawat boleh memasuki kedai anda, memilih apa yang mereka inginkan, kemudian melakukan bayaran kepada anda untuk mendapatkan produk tersebut.

Apa yang menarik mengenai blog adalah, ianya mudah untuk dipelajari. Sekiranya anda biasa menulis email, mengendalikan blog sendiri juga adalah mudah.

Satu perkara mengenai blog adalah, blog disukai oleh enjin pencari oleh kerana ia memberi maklumat, sering dikemas kini, serta interaktif dimana pelawat boleh meninggalkan komen balas. Ketiga-tiga ciri ini adalah ciri laman web yang disukai oleh enjin pencari dan sering di bawa ke muka surat hadapan enjin pencari dan memberi promosi percuma tambahan kepada perniagaan anda!

3. Bina jenama anda

Satu teknik dalam mengurangkan kos promosi perniagaan anda adalah dengan membina jenama perniagaan anda. Apabila sesuatu nama atau jenama perniagaan itu diingati orang ramai, ianya sering menjadi pilihan pengguna walaupun tiada pengiklanan dilakukan.

Cara membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan banyak membantu orang ramai mendapatkan informasi-informasi berguna mengenai bidang yang dilakukan. Tidak kira sama ada melalui blog, ataupun media sosial, anda perlu kongsikan tips-tips berguna yang dapat membantu orang ramai mengenai industry anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk fesyen, maka kongsikan tip-tip fesyen. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, maka kongsikan tip-tip kesihatan yang berkaitan. Dengan melakukan ini, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap anda akan meningkat, dan ini juga akan meningkatkan jenama anda di mata orang ramai.

4. Dapatkan pasaran anda yang tertumpu

Internet adalah amat besar. Cara untuk anda mendapatkan prospek dan pelanggan adalah dengan mendapatkan pasaran yang tertumpu. Kenal pasti pasaran anda oleh kerana bukan semua orang akan berminat membeli produk atau perkhidmatan anda.

Tetapkan pasaran anda yang tertumpu dan beri fokus pada pasaran tersebut. Aktiviti cuba menjual kepada semua orang di Internet hanya membazirkan masa dan juga wang anda. Dengan mengenal pasti sasaran pasaran yang lebih tepat lagi, anda boleh memberi fokus membina jenama anda pada sasaran yang itu sahaja. Sebagai contoh, menjual peralatan memancing, fokuskan pada mereka yang mempunyai hobi memancing sahaja. Menjual jersi bola sepak, fokuskan kepada mereka yang minat bola sepak sahaja. Masa dan kos promosi anda akan dapat dijimatkan.

Menggunakan media Internet yang percuma, serta membina jenama anda di Internet adalah kunci untuk berjaya di Internet pada kos yang rendah!

Perniagaan Dalam Dunia Perdagangan

Monday, 24 March 2014

Perniagaan dalam dunia perdagangan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairan, al-Quran telah memberi perhatian yang cukup banyak meliputi bidang tersebut. Dari sisi lain pula, Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan misi beliau sebagai “menyempurnakan akhlak“.

Jika demikian, pastilah dapat ditemui etika berniaga dari perspektif al-Quran dan al-sunnah. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah s.a.w sendiri pada usia mudanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.



Kita seringkali menemui istilah-istilah yang dikenali dalam dunia perniagaan seperti “jual-beli“, “untung rugi“, “kredit“, dan sebagainya. Demikian juga dalam al-Quran mengungkapkan istilah ini saperti mana  firman-Nya yang bermaksud:

“Siapakah yang ingin memberi “qardh” (kredit) kepada Allah dengan kredit yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (qardh itu) untuknya, dan dia akan memperoleh ganjaran yang banyak.” 

(al-Hadid: 11)

Al-Quran sebenarnya tidak meletakkan syarat yang banyak terhadap orang yang melakukan perniagaan kecuali etika yang diajarkan al-Quran bertumpu kepada prinsip “mengorbankan kepentingan peribadi demi orang lain.” (lihat Surah al-Hasyr: 9). Justeru dalam setiap perkara yang berkaitan dengan dunia perniagaan perkara yang dituntut adalah ”tidak  menganiayai”.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud:

 “Bagimu modal kamu. Kamu tidak teraniaya dan tidak pula teraniaya.”

Rasulullah s.a.w juga memberi sebahagian petunjuk bagi mendokong terciptanya etika di dalam perniagaan tersebut, iaitu pertama adalah kejujuran.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak dibenarkan seseorang Muslim menjual satu jualan yang mempunyai aib kecuali dia mejelaskan aibnya.” (Riwayat al-Quzwaini).

Manakala dalam sabda baginda yang lain:

“Siapa yang menipu kami bukan daripada golongan kami.”

(Riwayat Muslim, Tirmidzi dan Abu Daud)

Selain itu Rasulullah s.a.w juga pernah menasihati seorang ahli perniagaan wanita dengan sabdanya yang bermaksud:

“Wahai ummu qilat, jika engkau ingin membeli sesuatu, tawarlah dengan harga yang engkau inginkan, diberikan atau tidak. Dan apabila engkau ingin menjual, tawarkanlah dengan harga yang engkau inginkan, diterima atau ditolak.”

 (Riwayat Quzwaimi)

Islam tidak pernah menentukan sebarang had atau sakatan tertentu dalam mengambil keuntungan. Menurut Syeikh Qardhawi, tidak ada sebarang nas dalam al-Quran atau hadis yang menyatakan keadaan tersebut, malah diserahkannya kepada dhamir (jiwa) dan pertimbangan umat Islam sendiri.

Walau bagaimanapun, Islam telah menggariskan panduannya yang jelas dalam perhubungan muamalat umatnya.

Antara panduan tersebut yang perlu diambil kira oleh setiap Muslim itu ialah batasan akhlak, ajaran agama, juga adab sopan, atau ’uruf (etika) masyarakat serta undang-undang pemerintah. Sekiranya terdapat urusan yang dilakukan di luar batasan akhlak dan bertentangan dengan ajaran agama atau bercanggah dengan ’uruf  masyarakat atau menyalahi undang-undang, maka tindakan atau pengurusan tersebut dikira haram dan salah.

Apa yang disebutkan Allah s.w.t suatu perniagaan itu hendaklah berjalan secara (taradhin) persetujuan dan kerelaan bersama antara penjual dan pembeli.

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Wahai mereka yang beriman janganah kamu makan harta antara kamu secara batil melainkan melalu perniagaan yang berlaku secara rela hati dikalangan kamu.”

 (an-Nisaa: 29)

Jadi sekiranya jual beli tersebut diakukan tanpa persetujuan atau melalui penipuan maka urusan itu perlu dibatalkan.Apatah lagi jika keuntungan yang diambil secara gelap (tadlis) yang dilarang oleh agama,sekalipun pembelian tersebut telah diluluskan.

Allah s.w.t juga menekankan perlunya mengindahkan peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak melakukan apa yang di istilahkannya dengan al-bathil (baca surah An-Nisa ayat 29), iaitu pelanggaran terhadap ketentuan agama atau persyaratan yang disepakati.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

”Kaum Muslim sesuai dengan (harus menepati)syarat-syarat yang mereka sepakati, selama tidak menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.”

Perniagaan adalah satu bentuk muamalat.Oleh kerana itu dalam urusan perniagaan kita harus melihat hubungan timbal-balik itu agar ia berlansung secara harmonis.

Nabi s.a.w juga ada menyebut agama adalah muamalah. Ini bermakna bahawa semakin baik hubungan timbal balik maka semakin baik pula kualiti keberagamaan seseorang.

Bukan sahaja dalam perkara berkaitan urusan perniagaan, malah apa-apa perkara sekalipun  jika dilakukan  secara berlebihan atau melampaui batas itu amatlah dilarang oleh Alllah s.w.t.

Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

”Jangan sekali-kali kamu bertindak melampaui batas kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampau.” 

Adakah Duit Anda Itu Bernilai ?

Friday, 21 March 2014

Apakah yang menjadikan sesuatu itu bernilai ? Persoalan itu mungkin sesekali terlintas dalam pemikiran anda. Dalam entri kali ini akan membincangkan tentang nilai wang dan apa yang harus kita lakukan.

Apabila masa silih berganti, sedarkah kita bahawa nilai wang itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Dahulu dengan hanya 30 sen sahaja sudah memadai untuk menikmati sebungkus nasi lemak. Namun kini RM 1 ke atas adalah nilai yang di letakkan untuk nasi lemak.

Hanya dengan sebungkus nasi lemak sahaja saya dapat menunjukkan bahawa nilai sesuatu wang itu telah jatuh.



Jadi sudahkan anda bersedia menerima kejatuhan nilai wang untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Apakah persediaan anda ? Mungkin ada antara anda yang berfikir untuk MENYIMPAN supaya duit tersebut mampu menampung perbelanjaan anda di hari tua.

Maaf cara itu salah ! 

"Mengapa perlu menyimpan sesuatu yang akan jatuh nilainya ?"

Oleh itu entri kali ini cuba membantu serba sedikit bagaimana pelaburan anda hari ini dapat menjamin masa hadapan.

Kenaikan Harga Emas

 Nilai wang akan jatuh hari demi hari, sebaliknya nilai emas sentiasa akan meningkat seiring dengan peredaran masa. Inilah peluang yang harus di ambil oleh anda.

Sebagai contoh anda boleh membeli emas yang bernilai RM 1000 pada hari ini. Kemudian emas itu anda jual pada 5-10 tahun akan datang dan pastinya harga emas itu akan berlipat-kali ganda. Semakin tinggi harga emas yang anda laburkan pada hari ini semakin tinggi keuntungan yang anda akan dapat.

 Maka tidak mustahil ramai yang menjadi jutawan hanya dengan pelaburan emas.

Keperluan Tempat Tinggal

 Jumlah kelahiran di Malaysia pastinya akan sentiasa meningkat, manakala kematian berkurangan. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang makmur dan mempunyai kemudahan perubatan yang tinggi.

Rentetan dengan jumlah kelahiran yang tinggi, maka makin bertambahlah penduduk negara Malaysia. Tahukah anda keperluan setiap manusia itu adalah tempat tinggal selain daripada makanan. Maka dari kesempatan inilah yang harus anda ambil.

Sekiranya anda mampu untuk membeli beberapa buah rumah, amat di galakkan untuk membelinya. Walaupun anda tidak mempunyai isteri yang ramai untuk tinggal di kesemua rumah-rumah tersebut, hakikatnya rumah-rumah itulah pelaburan anda.

Bagaimana anda mendapat manfaat daripada rumah-rumah tersebut? Caranya adalah dengan menyewa rumah-rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Dengan ini anda dapat meringankan beban mereka yang kurang mampu membeli, malah dapat mengatasi juga dalam menambah pendapatan pasif anda.

 Terdapat pelbagai cara untuk menjamin masa depan anda dan menyimpan adalah cara yang kurang berkesan untuk keselesaan masa hadapan. Jika anda tidak berani mengambil risiko, kebarangkalian kejayaan untuk anda adalah tipis.

**Teruskan bersama kami untuk lebih banyak info.

SEO Tips untuk Blog

Blog pada asalnya sebagai sesuatu jurnal atas talian untuk individu, namun telah menjadi alat perniagaan yang boleh di gunakan untuk memasarkan diri atau produk di internet . Log web atau blog yang kini digunakan bukan sahaja untuk tujuan mnulis semata-mata, tetapi juga sebagai SEO ( pengoptimuman enjin carian) di mana pakar menggunakan untuk meningkatkan ranking laman web di laman keputusan enjin carian ( SERP) .



Satu perkara menarik tentang menjaga dan mengekalkan blog (juga dikenali sebagai blogging ) adalah bahawa sesiapa sahaja boleh ber"blogging" . Apa yang akan membuat blog yang lebih berjaya daripada kebanyakan, hanya satu iaitu topic tertumpu kepada pembaca sasarannya. Sudah tentu, ia tidak akan merosakkan blogger (orang yang mengekalkan blog) memiliki beberapa kemahiran asas memandu arah dan mewujudkan pautan kepada laman web dan blog yang lain.

Hari ini, bloggers mendapati bahawa mereka bukan sahaja boleh menulis dan menerbitkan pemikiran mereka secara percuma, tetapi juga boleh mendapati diri mereka mendapat pendapatan untuk menulis. Ini kerana salah satu teknik dalam SEO adalah untuk membuat kandungan kaya dengan kata kunci, yang pada asasnya apa yang enjin carian cari dalam ranking laman web dalam SERPs itu.

Di sini adalah beberapa tips untuk membuat blog seterusnya alat SEO yang berkesan.

1. Pilih Tema

Kebanyakan blog tidak pernah mendapat jumlah pembaca yang sebenar kerana ia hanya merupakan pemikiran seorang penulis, dengan tema yang masuk akal sedikit untuk mengikat keseluruhan blog bersama-sama. Jika penulis blog itu tidak ada tujuan dan semata-mata sebagai menulis sebagai diari, ini benar-benar merugikan.

Walau bagaimanapun, untuk SEO : blog perlu mempunyai tema yang akan mengikat semua "posting" (artikel-artikel) bersama-sama. Ini adalah kerana bukan hanya mencari kata kunci, enjin carian juga akan menilai sama ada laman yang hanya berlaku untuk mempunyai banyak "kata kunci" yang di cari atau sama ada keseluruhan blog adalah mengenai topik yang ia cari.

2. Tajuk Blog Berkaitan Dengan Tema.

Bekerjasama dengan idea tema, apabila membina blog anda (sama ada dengan nama domain anda sendiri atau laman blog percuma), letakkan nama URL yang mempunyai perkataan yang berkaitan dengan tema. Sebagai contoh, jika anda akan ke blog tentang membuat tudung, cuba untuk menggunakan kata-kata yang berkaitan dengan yang di URL blog anda (seperti www.tudungsifarah.com ). Nama blog anda dengan menggunakan kata-kata yang berkaitan dengan tema anda juga. Enjin carian melihat perkara-perkara ini dan juga untuk menentukan berapa banyak blog anda mungkin boleh mendapat tempat di Google Search.

Jika anda blog di tapak hosting, ia adalah mungkin untuk mempunyai blog anda wakilkan ke dalam kategori yang sepatutnya. Ini akan membantu membuat enjin carian lebih mudah untuk mencari blog anda memandangkan kategori itu mempunyai kaitan dengan tema dan kata kunci carian.

Kemudian, setiap posting anda juga perlu bertajuk dengan perkataan yang berkait rapat dengan tema anda. Sekali lagi, bekerja di sebuah blog dengan tema tudung, satu artikel boleh bertajuk "Cara Memakai Tudung : Bagaimana Bermula " . Ini akan memberikan anda, URL yang kaya dengan kata kunci, yang membantu dalam ranking laman pada SERPS.

3. Linkkan Setiap Blog Yang Berkaitan Kepada Anda

Satu lagi perkara mengenai blog, yang pakar-pakar SEO dapati untuk menjadi satu kelebihan yang besar adalah hakikat bahawa blog membuat pautan ke blog yang lain, yang seterusnya menjadikan mudah untuk blog lain link kepada anda .

Ini merupakan satu lagi kriteria enjin carian menggunakan pautan(backlink) untuk membuat keputusan. Lebih pautan masuk ia mempunyai kira-kira kata kunci dalam carian akan meningkatkan status ranking kerana halaman yang menunjukkan bahawa ramai orang berfikir apa yang anda tulis adalah sumber maklumat yang baik.

Oleh itu, apabila menulis di blog anda, pastikan anda mengambil masa untuk membaca blog orang lain dan artikel lain yang berkaitan dengan tema anda. Membuat link kepada mereka supaya anda letakkan rujukan untuk maklumat lanjut. Ini akan meningkatkan peluang orang lain yang mewujudkan pautan yang merujuk ke blog anda.

4. Kandungan Yang Segar

Dengan kerap mewujudkan kandungan segar di blog anda , enjin carian akan cenderung untuk melihat ke blog anda terlebih dahulu sebelum orang lain yang tidak dikekalkan dan diperbaharui sebagai kerap seperti yang anda lakukan .

Perniagaan dari sudut pandangan agama Islam

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.



Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.


Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)


Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:

1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.

Firman Allah SWT :
Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:

Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
” Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)

12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf, berlebih kurang,bersimpati. Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat.

Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

Tujuan Berniaga

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :-
  • 1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
  • 2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
  • 3. Mengajar kita bertolak ansur.
  • 4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
  • 5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
  • 6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
  • 7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
  • 8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
  • 9. Jujur dan amanah.
  • 10. Boleh kita berzakat.
  • 11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
  • 12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.


Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:

  • 1. Peramah dan mesra dengan orang.
  • 2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
  • 3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
  • 4. Bersifat sabar.
  • 5. Menunaikan janji.
  • 6. Cepat melayan orang.
  • 7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
  • 8. Jujur dan amanah.
  • 9. Pemurah dan menolong orang.
  • 10. Bersifat benar.
  • 11. Rajin dan cergas.
  • 12. Cermat berbelanja.
  • 13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
  • 14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
  • 15. Menjaga barang dan kebersihan.
  • 16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
  • 17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
  • 18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
  • 19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
  • 20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
  • 21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
  • 22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

Kenapa Pelangan Kurang Yakin ?

Bagaimana mahu meyakinkan pelanggan, supaya cepat-cepat beli produk kita? Dalam dunia bisnes yang semakin mengutamakan pengguna, bukti sosial adalah satu elemen penting  supaya
produk dijual dengan mudah.

Tiada bukti, tiada orang mahu beli.

Ia adalah satu-satunya cara kukuh untuk membuktikan keberkesanan & kualiti produk.

"Jadi ke produk ni?'

"Ada kesan sampingan tak?"

"Boleh percaya ke produk akan sampai?"

Ini persoalan yang biasa bermain di fikiran mereka sebelum beli produk di internet.



2 Cara Mudah Dapat Testimoni

1. Berikan FREE GIFT.


Umumkan dan tawarkan free gift dalam
kuantiti tertentu di Facebook.

Contohnya seperti.

"Sempena pelancaran produk terbaru kami, kami menawarkan 5 kotak percuma untuk beta tester.
SMS kami ke 013-xxxxxx. Siapa cepat dia dapat!'
Kemduian, hubungi mereka dan terangkan  dengan jelas tawaran ini dalam bentuk situasi 'menang sama menang'.

Contohnya,

"Kami akan berikan produk ini secara percuma. Sebagai kerjasama, mohon kongsikan feedback selepas seminggu menggunakan produk /servis kami."

Dalam konteks pemasaran, strategi ini memberi keuntungan kepada dua-dua pihak. Pelanggan dapat produk percuma,dan kita bakal terima testimoni serta merta.


2. Biar kita tulis testimoni untuk mereka!


Kadang-kadang, cara paling mudah untuk dapatkan testimoni adalah hanya meminta kepada mereka. Untuk permudahkan urursan, kita sendiri tulis testimoni dengan syarat meminta kebenaran dan tidak terlalu nampak seperti promosi.

Pengalaman kami, rata-rata pelangggan malu untuk menulis testimoni atau feedback, jadi ini cara untuk permudahkan urusan kita. 

Dalam kebanyakan kes, hampir keseluruhan dari mereka bersetuju dan ucapkan terima kasih kerana memudahkan urusan mereka.

Siapa yang tak nak orang tolong kan?

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Habis .

   Satu topik yg sangat2 diperlukan oleh semua orang, oleh semua masyarakat bahkan oleh seluruh dunia iaitu faham tentang financial, faham tentang wang . Jadi, sayangnya kita bersekolah dari umur 6 tahun sampai 18 tahun, dari upsr, spm, sijil rendah, sijil tinggi, diploma, bahkan sampai ijazah sekalipun, kewangan ini kita tidak fahami secara konkrit. Cuma konsep-konsep asas sahaja. Sebagai contoh, guru kita mengajarkan bagaimana caranya agar kita kaya. Apa yang diajarkan? Guru kita mengajar kita untuk menabung, guru2 kita mengatakan sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit, katanya la kan.



  Tapi kita dah 2 tahun 3 tahun ya, 5 tahun 10 tahun menabung x kaya-kaya jugak, kerana prinsip menabung itu adalah sedikit demi sedikit lama-lama jadi “bosan”. KENAPA ? Kerana wangnya tidak naik-naik tidak bertambah-tambah kenapa? Ianya jelas sahaja, kita lihat misalnya dividen yang kita akan dapat apabila simpan di bank atau ASB sebanyak 7-8% setiap tahun sementara kita lihat inflasi setiap tahunnya akan sentiasa meningkat. Jadi, wang yang kita simpan di bank itu sebenarnya merosot nilainya, walaupun angkanya naik tapi oleh kerana inflasi, wang kita sebenarnya merosot.
Islam itu sarat dengan ajaran, sarat juga dengan contoh, kalau memang Islam mengajar kekayaan, tentu juga islam mengajar bagaimana caranya, bukan sekadar gagasan. Kita lihat, bagaimana caranya untuk kita menuju ke arah financial freedom. Kalau kata kita sudah kaya,(kaya tidak bermakna bebas kewangan) dan bertambah kaya, mudah-mudahan kita bebas kewangan.


  Kita lihat, apa yang diajarkan oleh Islam untuk mengembangkan duit kita yg pertama adalah perdagangan, yang kedua adalah pelaburan yang ketiga adalah dinar dan dirham seterusnya bersedekah.. Jadi, tidak pernah kita diajarkan dengan bersunguh-sungguh untuk menabung, itu tidak ada sebenarnya.Ya, saya juga menabung tapi itu bukan fokus utama saya, itu juga bukan focus utama kita kerana saya tahu bahawa menabung itu tidak boleh membuatkan anda kaya . PERCAYALAH . Kalau tidak percaya anda boleh cuba sendiri, 7 tahun 8 tahun menabung anda cuba tengok, berapa yg anda boleh simpan. Jadi, selebihnya anda perlu gunakan wang untuk yg lain iaitu perdagangan, perniagaan atau pelaburan kemudian emas seterus sedekah dan berkhidmat.
Jadi islam tidak pernah mengajarkan “Begitu engkau terima harta, begitu engkau terima wang maka kumpulkanlah menabunglah” . TIDAK !! Islam mengajar kita untuk menggerakkan harta atau wang tersebut.

Bagaimana nak gerakkan? Macam saya cakap tadi, perniagaan atau perdagangan, sekarang kita lihat pada perdagangan Nabi berdagang, isterinya berdagang sahabatnya juga berdagang. Kemudian jika kita lihat, matawang dalam bahasa inggerisnya adalah “currency”, currency berasal daripada perkataan current dalam bahasa melayunya adalah arus. Jadi ertinya disini, wang itu mesti bergerak terus menerus, kalau wang itu berhenti, nilainya akan turun.\. kalau wang itu bergerak nilainya akan naik. Kalau kita letakkan di bank, nilainya akan turun. Bagi bank naik kerana bank putarkan duit kita itu. Untuk meningkatkan nilai duit, kita mesti gerakkannya. Currency itu kan arus, mesti bergerak terus menerus dan apa sahaja yang bergerak terus menerus mestinya sihat seperti darah, udara, air. Kalau dia bergerak terus menerus ianya sihat kalau air bergerak terus menerus ia boleh digunakan untuk berwuduk, boleh suci mensucikan. Tapi kalau air itu tidak mengalir tidak di galakkanlah begitu juga dengan darah, jika darah kita stop mesti kita mati kan ? Jadi kalau bergerak terus menerus ianya sihat.

Perniagaan atau perdagangan itu menggerakkan wang kita. begitu juga dengan pelaburan.. Dalam islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia dan islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). 

Jadi daripada kita menabung wang lebih baik kita kembangkan wang tersebut. Jadi yang digalakkan itu adalah berniaga, bukannya menabunng dan ini dua hal yang berbeza sebenarnya. Kalau kita letakkan wang di bank itu bukan simpan namanya kerana nilainya termakan oleh inflasi.

Menariknya kita lihat disini kalau kita tarik wang kita untuk perniagaan atau perdagangan. Sebagai contoh, anda mempunyai wang sebanyak rm10,000 dan kita simpan di bank, pertama dimakan oleh inflasi dan yang keduanya zakat lebih kurang sebanyak 2.5%. Jadi anda cuba kira 2.5/100xRm10,000. kat sini nilai wang anda dah berkurang. TAPI kalu kita gunakan wang kita rm10,000 untuk membuat perniagaan atau perdagangan, mungkin untung 20K jadi, zakat tadi dengan senang saja kita bayar dan wang anda berkembang dari rm10k-RMinfinity. Jadi, Islam telah menilai disini ada manfaatnya wang itu bergerak sebenarnya, jadi kita perlu faham tentang financial atau kewangan.

Cuba anda bayangkan, kita bersekolah dari umur 7 tahun sampai 18 tahun seterusnya ke unversiti pernah tak kita belajar ilmu untuk kembangkan wang kita? Ternyata tidak ada kan? Yang ada cuma ilmu untuk menjadi seorang pekerja. Ternyata inilah yang kita hadapi tiap-tiap hari dari kita umur 20 sampai la meninggal dunia nanti. Kalau kita tidak belajar ilmunya bagaimana?? Saya sarankan anda fahami ilmu perdagangan atau perniagaan dan pelaburan. Jadi anda mesti faham yang saya sebutkan tadi, matawang yg disebutkan dengan currency itu berasal daripada perkataan current, current ertinya arus.

Jadi wang itu mesti bergerak terus menerus itu yang sebenarnya yang kita perlu tanamkan dalam minda kita. Jadi, wang tidak boleh stop di dalam poket, bawah bantal mahupun di bank kerana nilainya akan merosot. Kalau digerakkan terus menerus nilainya akan meningkat. Ini mudah-mudahan banyak manfaatnya bagi diri kita sebagai umat islam dan orang lain,, kalau wang kita stop saja xda manfaat atau kurang optimal sebenarnya.. jadi faham financial adalah sangat2 penting bagi setiap orang.. ilmu2 ini saya perolehi daripada buku-buku pakar kewangan Nombor 1 dunia iaitu Robert T Kiyosaki. Dia juga menyarankan kita berbisnes dan pelaburan dan ternyata bukan dengan menabung.

 
Tips Perniagaan Internet © 2012 | Designed by Masso Dasuki, in collaboration with Msolution Network , MSolution and Business Solutions